In sha allah.. dalam kurang 1 minggu ni, fara akan bergelar isteri kepada tunang fara.. dalam rasa seronok, ada debarannya.. dalam debaran, ada rasa takutnya.. dalam takut, ada rasa sedihnya.. macam2 perasaan bercampur aduk sekarang ni.
Bergelar seorang isteri, akan ada pelbagai tanggungjawab ke atas bahu kita ni. tapi sebelum fara bergelar isteri, terlebih dulu fara pegang peranan sebagai seorang anak perempuan kepada mak dan ayah fara.. sebagai anak, ada tanggungjawab yang kita perlu mainkan sebagai anak. semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak mereka. termasuk mak ayah fara. dengan dunia yang serba canggih ni, macam2 godaan yang boleh buat kita sesat dan lari jauh dari jalan yang sepatutnya kita ikut. cara didikan ibu bapa masing2 juga berbeza dari satu sama lain. fara mengaku, kadang2 kita hampir terpengaruh dengan budaya2 barat ni. kalau kita tak pandai kawal, mungkin kita akan terjerumus. cuma satu je yang fara pegang dalam kehidupan fara sebelum fara nak buat apa2.. fara akan fikir mak ayah fara.. serious.. kalau korang fikir macam tu, In sha allah korang takkan sesat jauh.. ye, memang kita kena pentingkan agama kita. tapi, tanpa didikan dari ibu bapa yang mengajar kita.. mungkin kita akan lari jauh juga.
Selain anak, fara jugak mainkan peranan sebagai seorang kakak. kakak kepada 3 orang adik fara.. dua lelaki dan paling bongsu adik perempuan.. sebagai kakak, fara perlu tunjukkan contoh yang baik kat dorang. terutama dari segi pelajaran. fara bukan nak kata fara ni pandai sangat. tapi, seboleh2 nya fara akan cuba yang terbaik dalam pelajaran fara.. fara fikir, kalau fara berjaya.. dorang mungkin jadikan fara sebagai semangat dorang.. fara nak dorang bangga ada fara sebagai kakak dorang walaupun fara ni takdelah bagus sangat. tipu lah kalau fara kata fara tak pernah gaduh dengan adik2 fara. ada jugak. kadang2 sebab berebut bilik air pun boleh gaduh. hehe..tapi tu lumrah kan? macamana pun air dicincang takkan putus..
Selepas 2 peranan tu, lagi beberapa hari fara akan pegang peranan sebagai seorang isteri kepada bakal suami fara.. fara tak tahu lagi apa yang bakal fara tempuh. apa yang fara harapkan adalah yang terbaik buat fara dan bakal suami fara.. moga niat kami akan diredhai oleh ALLAH.. moga dia pilihan yang tepat buat fara dan jodoh fara yang ditetapkan olehNya.. aminn...
~fara sebagai anak~
~fara sebagai kakak~
~fara & dia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan