Dalam bulan ni, cik tunang fara sibuk cari rumah untuk kami tinggal nanti.. kesian dia, muka asyik risau jer.. dia kata dia takut tak dapat bagi perlindungan untuk fara.. padahal fara tak kisah pun duduk rumah flat.. bukan nak banglo sangat kan.. tapi minggu lepas, dah nak jadi rezeki.. fara try godek2 kat mudah.com. tiba2 jumpa plak ada rumah nak disewa kat selayang baru.. kira takdelah jauh sangat dari rumah family kitorang sekarang ni..
Cik tunang fara call tuan rumah dan esoknya dia bawak fara gi tengok.. lepas bincang2, alhamdulilah tuan rumah setuju nak bagi kitorang sewa.. nak kata rezeki tu bukan apa sebab sebelum fara dan cik tunang datang tengok tu, ada je ramai lg nak datang tengok.. siap ada yang nak terus bayar.. tp tuan rumah tu kata, "anggap rezeki kamu acik bagi sewa".. kadang2 nak menyewa ni pun, tuan rumah main peranan jugak kan.. makcik tu nampak ok jugak lah.. setakat ni segala urusan kitorang berjalan lancar..
Rumah yang kitorang sewa tu, rumah lot biasa jer.. takdelah besar sangat. tp cukuplah untuk kitorang berdua setakat ni. selesa jugak lah..lagipun persekitaran dia pun best jugak.. depan rumah jer dah surau. dekat jugak dengan kedai runcit dan kedai makan.. syukurlah dapat jugak kitorang berlindung dari hujan dan panas. tu yang penting..
Moga kehidupan kami lepas ni akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.. insyallah.. AMEEN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan