Ha,gila tak gila kalau kita bawak RM500 tiba2 jadi RM1k! peh, memang best lah kan? sebenarnya takde pun macam tu.. cuma, fara nak buat perbandingan bila fara shopping kat Kelantan dengan KL.. memang rasa sangat bezanya kakak2 oi.. memang terbaik.. fara baru je balik dari kelantan minggu lepas sebab fara gi kawan fara kawen. last fara gi kelantan pun 6 tahun yang lepas. memang dah lama sangat lah.. kali ni fara gi dengan cik tunang fara. kitorang tidur rumah nenek dia kat besut tu. kebetulan, sedare mare dia pun balik besut sebab nenek dia tak sihat..
Ok2.. fara nak cerita pasal tajuk entry fara tu.. sebelum ni, fara asyik dengar orang cerita tentang Rantau Panjang tapi fara tak pernah pergi pun. ni lah first time fara pegi. lagipun, cik tunang fara dah awal2 pesan simpan duit kalau nak shopping. ingatkan nak bawak fara gi shopping kat mana rupanya kat rantau panjang. peh, memang penuh tangan fara dengan cik tunang fara dengan segala barang2 fara. handbeg, baju, selendang memang paling banyak fara borong. hehehe.. kalau nak diikutkan kualiti, mungkin lah kat KL memang best. yelah kat sana banyak barang siam kan? xkisahlah. ada fara kisah? janji cantik.. huhuhu.. handbeg2 tu kalau setakat nak bawak2 biasa tu memang berbaloi lah beli kat sana. :-)
Sesiapa orang kelantan, memang familiar sangatlah dengan tempat tu kan? fara teringin nak pergi sana nanti waktu bukan cuti sekolah. mesti best. yelah, waktu fara pegi tu pun musim cuti sekolah. so, memang padat sangat kat situ. fara rasa kalau korang pegi kelantan nanti, wajiblah korang pergi Rantau panjang tu. tapi bila masuk atau keluar dari sana tu nanti ada pihak berkuasa (xsure bahagian apa coz tak ingat) akan check kereta kita. kalau muka korang jenis ala2 ayu atau sweet gitu, tak perlu risau coz dorang takkan check bonet korang. dorang akan usha2 biasa jer. lainlah fara ni ha. muka cik tunang pun dah ala2 gangster.. memang sampai2 depan orang tu, dia dah terus suruh bukak bonet. hehehe..
Ingatkan nak jugak share gambar waktu fara gi sana. tapi, tangan dah penuh memang tak sempat nak snap gambar.. so, layan gambar dari Mr Google ni ye..
~jersey paling banyak kat sana~
~tudung pun sangat murah ok~
~paling suka part ni..huhu~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan