Nak Cari Calon Suami?

Semua manusia, semua inginkan hidup berpasangan kan? tak kiralah lelaki atau perempuan. tapi, biarlah cara berpasangan yang betul. jangan lah pulak lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.. tapi, pernah terfikir tak semasa kita nak bercinta tu, kita sepatutnya mencari seorang CALON SUAMI bukannya CALON PAKWE.. 

Antara ciri-ciri SUAMI TERBAIK yang fara dapat dari sumber USTAZ AZHAR IDRUS ialah:


                             Solat fardhu cukup 5 waktu.

moga dia boleh jadi imam untuk saya hingga saya mati..


 Ada kerja gaji RM800 - RM1500 ke atas. boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar tempat kerja. nafkah zahir boleh bagi bukan nafkah batin je tahu.
bukanlah mata duitan sangat.. tapi hidup zaman sekarang kan? macam lah kita boleh pergi kedai beli beras dgn cakap macam ni " hati saya penuh cinta. nak beli beras boleh?" memang korang dah tak waras namanya tu..huhu..

Ada kenderaan. motor kapcai dah cantik. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. basikal pun boleh tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. sebaik2 nya kereta sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
ha, ni lah salah satu sebab kenapa perempuan memilih. bila kitorang cakap lelaki marah pulak kata kitorang mata duitan. hish, tak patut betul!

Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul apatah lagi mandi2 yang lain.
ni faham2 sendiri lah kan?(^___^)

Boleh baca Al-Quran dan boleh mengajar Al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta" sampai surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."
takkan dah kawen bagi alasan tak mengaji kan? so, ni yg penting dapat suami boleh ajar mengaji..

Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. takdelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
fara tak suka yg lurus sgt. fara suka yg tegas utk control sikap degil fara ni. hehehe.

Dia faham kamu. kamu faham dia. faham jiwa gitu. serasi bersama. berbeza tapi boleh masuk.
betul3.. ini yg kita cari kan? tak perlu ubah diri masing2. cukup sekadar memahami.

Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. depan orang lain sopan santun gitu.
ni salah satu ciri yg ada kat ayah fara. untungnya mak fara kan? hehehe.. harap2 cik tunang fara pun macam tu.

Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok. "Ehemmm.. ramainya kawan laki kat opis.. jangan sampai lupa abang taw.."
ni cik tunang fara memang terror lah bab2 cemburu ni. fara plak tak pandai cemburu sgt sampai dia pun ingat fara tak syg dia. hahaha.

Belajar takat PMR je pun takpe. janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
Alhamdullilah dia ada pelajaran yg bagus dan kerja yg bagus. moga kitorang akan berubah lebih maju di masa hadapan utk family kitorang.

Kalau dia jenis diam takdelah sampai org kata dia tak bergaul dengan manusi lain. kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata org lain.
cik tunang fara dgn org lain byk pulak dia cakap. dgn fara dia kurag bercakap sikit sebab fara lg banyak bercakap dari dia. hahaha..

Malas juga ke masjid. tapi dia pergi jugak dalam sehari tu 2x sekurang2 nya Maghrib dan Isyak.
insyallah..aminn...

Walaupun tak kerap ke kuliah agama tapi bila tengok YouTube Ustaz Azhar Idrus mengajar tu, sampai terlupa nak tengok bola. jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang2 kampung.
hehehe.. ada jugak ni. kitorang suka tengok berdua dan bincang sama2 isi ceramah tu..:-)

Boleh susah senang bersama. kalau isteri menangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
moga dia boleh jaga fara seperti ayah dan mak fara jaga fara.. rasa sedih pulak bila terfikir lepas ni ayah dah tak jaga fara.. :'(

Jenis senyum sokmo
memang terlebih dah pun..(^___^)

Tak tengok sangat awek cun. dia duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cun. (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
betul3.. ada fara kisah kalau korang kata tunang fara besar ke apa ke. fara tetap sayang dia ok.




Tiada ulasan: