Fara dah bertunang so mestilah dah fikir perancangan untuk berumah tangga kan? ha, pasal rumah tangga ni lah buat fara pening sama macam nak buat rumah atau tangga. nak kena ada batu, pasir, simen dan macam2.. betul x? betul kan? INSYALLAH perancangan untuk fara berumah tangga ialah pada bulan DISEMBER ni nanti..
Berbalik pada persiapan perkahwinan ni, fara tersangatlah pening.. fara suka merancang dari awal.. fara siapkan buku nota supaya semuanya berjalan lancar. fara mahukan semuanya teratur.. tapi, cik tunang fara pulak suka sambil lewa. tu yang kadang2 buat bergaduh tu.. tapi, nasib baiklah kitorang cepat cool.. korang bayangkan, baju kawen pun fara tak boleh nak fikir. tengok design tu, nak macam tu. tengok design ni, nak macam ni.. fara sendiri geram dengan diri sendiri.. tak boleh nak decide. sampai fara cakap kat mak fara, "mak, boleh tak akak bersanding pakai baju kurung pahang jer?" ha, hambek kau. tu memang dah tahap fara tak tau nak pilih lah tu.. satu soalan fara tu dijawab dengan satu leteran yg panjang.. hehehe.. :-p
So, pada yg nak kawen tu.. korang list kan lah segala barang yg korang nak beli atau diperlukan waktu kawen nanti. so, takdelah over budget kan? duit tu sgt bernilai waktu time2 macam ni. seringgit tu pun sgt bernilai tau. sekarang ni pun, fara dengan cik tunang sibuk kerja lebih masa.. walaupun penat, terpaksa jugak lah. cuma, fara bersyukur sangat sebab fara tak perlu serabot pasal photographer dan nak tempah kad sebab adik fara dah ada business tu pun.. ALHAMDULLILAH..
Kawan2 sekalian, doakan untuk fara supaya semuanya berjalan lancar seperti yang fara rancang ye.. AMINN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan