Apa Salahnya Hantaran Mahal?

Wah, kalau kaum lelaki baca tajuk entry fara tu mesti rasa nak sumpah seranah fara kan? haha.. lek lu.. baca dulu baru buat kesimpulan masing2. jangan terus nak maki jer.. cian fara taw.. hari sabtu macam ni, duk takde buat apa.. fara blogwalking lah. tiba2 terjumpa satu entry kat blog KASOTPUTEH.. mula2 baca entry tu takdelah nak marah pun.. tapi bila baca 1 comment kat entry tu kata harga hantaran ni macam NAK JUAL ANAK PLAK!! ha, tu yg buat angin tu.. 

Lelaki2 jadi 'angin' bila sebut pasal hantaran sebab keluar 1 artikel ni lah.. lagipun, ia hanya sekadar info atau kajian jer.. jangan emo sangat der..:-)


Buat pengetahuan kaum2 ADAM yang budiman, memang dalam Islam tak wajib pun hantaran tu. yang wajib mas kawen tu ha.. tapi, cuba lah fikirkan balik.. cuba tanya kat pihak perempuan tu.. dorang akan gunakan duit hantaran tu untuk apa? bukan dorang nak guna untuk berjoli sakan ok. bukannya mak ayah nak jual anak. duit tu dorang akan gunakan jugak untuk belanja kenduri kawen KORANG dimana bila family korang yang ramai tu datang.. korang akan diberi makan.. tahu kau? boleh je kalau korang nak bagi hantaran setakat seribu dua.. dialu2 kan je.. melainkan family korang datang bertandang tu nanti nak makan nasi putih dengan telur goreng.. ok lah tu kan? hehe..

Bila fara cakap mesti korang nak marah kan? perempuan ni takdelah kejam sangat pun. duit hantaran dia dapat tu, takkan dia pulun sorang2. at least kitorang akan bantu korang walaupun sikit. kalau ibu bapa yang baik dan memahami dia takkan nak seksa bakal menantu diorang nak letak hantaran tinggi2. kalau cakap elok2 INSYALLAH diorang faham.. walaupun kalau ikut info tu fara leh dapat lebih drpd yg fara dapat sekarang, fara tak kisah. CIK TUNANG fara tahu nak nilai fara lebih dari tu.. (^__^)

Kepada ibu bapa pihak perempuan, tak perlu letak hantaran tinggi2 sangat sebenarnya pun. kalau rasa nak senang, mana yg agak2 ada anak perempuan tu.. kumpul duit mulai dari sekarang. macam ayah fara..hehe. so, tak perlu nak bebankan pihak lelaki nanti. letak lah seadanya.. tak perlu letak sampai berpuluh2 ribu..

Pada kaum ADAM, janganlah nak mengata MAK AYAH kaum HAWA ni nak jual anak ke apa.. fikir yang positif di sebalik harga hantaran tu. jangan nak fikir negatif je.. sebab kalau nak difikirkan balik di sebalik nilai hantaran ni lah korang boleh nilai diri korang sendiri sama ada korang boleh nak pimpin kitorang atau tidak. yelah, ada sesetengah lelaki tu kata nak kawen. tapi kumpul duit pun tak pandai. anak orang korang nak!! so, lu fikirlah sendiri.. 

Pada yang membaca entry ni, janganlah marah2 ye.. fara cuma beritahu apa yang kaum adam selalu salah sangka tentang kitorang.. lagipun, bak kata ayah fara.. 

" Ayah tak kisah. janji korang sah. kalau rasa rizal tak mampu nak bagi tinggi2 hantaran, kita buat kenduri selamat je.. pas nikah, korang balik tidur!"

Ha, sporting tak ayah fara.. hehe.. tapi, nasib baik cik tunang fara takdelah berkira sampai macam tu. dia sanggup kerja siang malam nak kumpul kawen ok. kitorang nak kuar pun dah jarang taw.. dia kata, dia sanggup usaha untuk fara. ha, terharu fara bila dia cakap macam tu. sayang sangat kat kamu!!















3 ulasan:

Nyamuk Terbang berkata...

byk jer tgk org post psl nie

FaraLoveChoco berkata...

sebab orang sekelilng saya pun sibuk nak tahu hantaran saya brape..huhu.

Anas Asarani berkata...

Kalau saya, cara tentukan ikut ciri-ciri ini:

1-Tubuh wanita ada: RM5000
2-Tudung pakai tak?: RM1000
3-Tudung tutup buah dada tak?: RM3000
4-Stokin pakai tak?: RM500.

Kalau 1 & 2 sahaja, RM6k je hantaran. Jangan marah ya kaum hawa.