Isnin lepas, Fara ambil cuti rehat sebab nak hantar opah fara ke KLIA. opah fara nak pergi tunaikan umrah. bersama paksu fara. waktu hantar dia tu fara rasa risau pulak sebab opah fara ni macam dah lupa2 sikit. Waktu nak bergerak tu pun, pakai stokin pun dia tak tahu sangat. haih, risau berganda2 fara taw. tapi, memang fara harap dan berdoa sangat bila opah fara sampai kat sana nanti, dia lebih sihat dari orang muda ok! AMINN...
Oh ye, fara bukan nak cerita pasal opah fara je ni. tapi, fara nak cerita tentang fara. korang nak tahu, bila fara sampai sana dah jadi macam orang jakun dah fara. tapi takdelah jakun sangat sebenarnya.. hehehe.. hush, ayat dah putar belit pulak.. fara kata jakun sebab fara rasa fara pernah sekali je pergi KLIA tu. itu pun berpuluh tahun yang lepas.. ha, hambek kau! berpuluh tahun yang lepas kau.. so, korang agak2 bila fara pernah pergi kalau umur fara sekarang pun 24 tahun. huhu.. Rupa2 nya baru fara sedar yang orang kat KLIA ni takdelah seramai kat LCCT tu..
Nak harapkan diri sendiri duk naik kapal terbang sokmo, memang takdelah kan. lagipun fara ni penakut kat tempat tinggi sebenarnya. tapi, dengan muka tak bersalahnya fara ajak cik tunang fara untuk pergi KOREA honeymoon nanti.. chewah, gaya macam berani sangat nak naik kapal terbang tu kan? takde ke nak gi korea tu naik kapal? huhuhu.. Tapi, macamana pun fara akan pastikan fara berani naik kapal terbang tu nanti. so, takdelah jakun sangat nanti.. hahahaha..
Kawan2 doakan opah fara dan paksu fara selamat pergi dan kembali ye.. AMINN.. moga satu hari nanti kita semua akan sampai kesana juga..
~ Opah dan paksu saya ~
~ Sara yang demam ~
~ Budak lelaki tu adik Fara ~
~ Duduk bersama opah sebelum berangkat~
~ Ini FARA yang dah gemuk ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan