Kenapa Nak Hentam Amalina Che Bakri Tu?


Korang kenal gambar kat atas tu? haih, sekarang ni kecoh betul pasal amalina tu kan? sampai masuk buletin utama lagi. perlu ke kita nak kecoh2 sgt pasal dia? kenapa? sebab dia budak dpt 17A1? macam tu? alah, bukan dia sorang kot yg genius.. fara cakap macam ni bukan sebab fara jelous ke apa. cuma pelik dgn org kita ni. org yg duduk jauh kat UK tu nak diambil tahu. yg duduk negara sendiri ni tak nak pulak ambik tahu yg kadang2 sosial nya lagi teruk. sorry to say lah kan.. amalina tu pandai, genius org kata. so, lantak pi lah dia. bkn dia sorang kot pelajar Malaysia kat sana. berlambak. mungkin ada yg lebih teruk dari tu..

Fara bukan lah menyokong tentang perubahan dia. fara tahu, dari segi agama kita sebagai agama Islam  pun memang dah salah. tapi, bila kita sibuk tabur fitnah, dedah dosa dia.. lebih kurang sama je dengan kita. sama2 dapat dosa. fara sendiri pun takdelah sempurna. kita janganlah nak judge someone tu macam kita kenal sgt dengan dia. 

Fara sendiri mengaku, fara pernah jugak nak cuba jadikan dia sebagai role model dalam pembelajaran fara. fara rasa tak salah. cuma, jgnlah kita ikut identiti dia. alah, buat kata org.. mungkin dia kena culture shock. fara hairan betul kita duk kecoh sgt pasal dia. padahal, elok je dia belajar kat sana. 

Cuma, kita sebagai org Islam sama2 lah mendoakan rakan seagama kita berubah ke arah yg lebih baik. termasuk lah diri fara sendiri ni. korang jgn marah pulak entry fara ni macam menyokong perubahan amalina ni. cuma, sebelum kita nilai org kita nilai diri kita dulu. mana tahu 1 hari nanti, dia pulak yg akan menjadi orang yg lebih baik dari kita. siapa tahu kuasa ALLAH kan? 

Fara ingat ustazah fara dulu pernah cerita. jgn ingat org yg kita sangka baik sangat tu akan mati sebagai seorang Islam sebab tak mustahil seorang kafir itu akan mati sebagai seorang Islam. Lagi satu cerita yg fara ingat:

Dulu ada 2 org pemuda Islam. sorang baik dan sorang tu selalu buat perkara mungkar. satu hari tu yg baik ni terfikir yg dia selalu buat baik dan teringin nak buat jahat manakala yg sorang lagi tu tiba2 rasa nak berubah menjadi yg lebih baik. tak disangka, 2 orang pemuda ni mati. maka... ha, korang fikirlah sendiri.. dpt tak kesimpulannya drpd cerita fara ni?

 
~picture credit to MILIMILO~

2 ulasan:

ijatazyanniaizzati berkata...

lumrah manusia,kalau orang buat 10 kebaikan 1 kejHATAN, sampai mati diorang akan pandang 1 kejahatan. kat malaysia ni ramai je budak medic yang free hair kat lua, tapi g kuliah tutup, takde lak na kelua suratkhabar.hahaha. doakan yang terbaik utk amalina semoga kajia2 n buku yang ditulis dia dapat jadi textbook utk kami medical student kat malaysia ni... :) peace

CekbOlat-bOlat berkata...

tuu la.. amalina tu sbb die fofular ken.. klau xpopular takde org nk x kesah pun..

btul tu.. pkai ke xpkai.. sme naik je kan..