Mampukah Kamu Pimpin Tangan Dia Lagi??

Korang baca tajuk tu, korang rasa pimpin tangan siapa? ha, jangan fikir tangan boyfriend atau girlfriend korang aje taw.. ada org yg lebih layak dan berhak korang pimpin.. mestilah MAK AYAH kita.. tau tak kenapa tiba2 fara cakap pasal pimpin2 ni? sebenarnya fara ni suka memerhati keadaan sekeliling fara.. kadang2 sementara tunggu cik abang kita ambik balik kerja, fara suka perhatikan gelagat org.. tapi takdelah terlalu obvious sgt.. nanti org perasan pulak.. hehe..

Bila tengok keadaan sekeliling ni mcm2 yg kita boleh dapat.. sama ada yang baik atau buruk.. tempat kerja fara kan kat hospital? lagilah bermacam2 kerenah yg fara boleh tengok.. tapi semalam, fara ternampak seorang ibu dan anak tu.. anak dia lebih kurang dalam umur 5 tahun kot sebab nampak dia pakai baju tadika kemas.. si ibu dan si anak tadi baru turun dari teksi.. turun2 je dari teksi, fara nampak si ibu terus je pimpin tangan si anak ni.. lepas tu terkedek2 lah si anak ni ikut gerak jalan ibu dia..

Tiba2 lalu pulak pasangan anak beranak berbangsa cina.. ibu dan anak jugak.. si anak ni dah besar lah.. tapi yg sedihnya berbeza betul dgn keadaan si ibu dan si anak yg pertama tadi.. si ibu ni bertongkat tapi si anak ni jalan laju je ke depan dan tunggu ibu dia.. apa salahnya dia jalan sekali dgn ibu dia kan?

Dari pemerhatian fara tu.. jasa ibu pada kita sangat berbeza dengan apa yg kita balas.. si ibu mampu memimpin tangan kita dari kita masih belum mampu berjalan sendiri hingga kita pandai berlari.. tapi kita? ibu kita yg seorang tu kita tak mampu nak pimpin tangan dia..

So, kawan2..walau kita sudah berjaya setinggi mana pun.. jangan pernah lupa pada ibu yg selalu memimpin kita.. tak salah sekali sekala kita pimpin tangan mereka ketika bersama mereka kerana mereka lah yg selalu memimpin kita..*uik, mcm banyak sangat pulak perkataan mereka*.. tapi fara pun jarang pimpin tangan mak fara melainkan waktu lintas jalan.. itupun fara rasa mak fara yg pimpin fara..:-(

Tiada ulasan: