Shopping Raya Vs Shopping Kahwin

Raya tahun ni, fara takdelah excited sangat nak sambut sebab tu cuti raya pun tak amek.. korang nak tahu kenapa tak? tahun ni, fara lebih fokus pada persiapan perkahwinan fara hujung tahun ni. haih, macam2 nak kena beli. barang2 yang dijadikan hantaran dah beli 100%.. cuma persiapan untuk goodies beg belum lagi.. hari ahad lepas, fara rasa nak patah kaki beli barang2 tu semua. ni lah jadinya kalau beli sekali harung.

Fara takde lah beli barang2 high class sangat. biasa2 jer mana cik tunang fara mampu. lokasi pilihan fara kat Midvalley & KL Festival.. fara suka pergi tempat macam tu sebab banyak butik. so, tak payah nak pening kepala. 

Hari ahad ni kita dah raya kan? tapi sabtu tu fara kerja lagi. nasib baik lah adik lelaki fara dengan rela hati nak teman fara balik sebab mak ayah fara balik hari jumaat.. terima kasih dik.. (^___^)

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA buat kawan2 semua.. jangan makan ikut nafsu taw.. siapa yang nak kawen lepas2 raya ni, control berat badan ye.. 



Tiada ulasan: