Rasanya Perlu Ke Ada Istilah Hipokrit?

Apa yang kawan2 tahu tentang hipokrit ni? utk fara, hipokrit ni macam berpura2.. merujuk kamus dewan pun, hipokrit bermaksud "orang yang berpura2 berkelakuan baik atau orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan dari yang sebenarnya.. dalam kata nama lain MUNAFIK.."

Maksud munafik korang tau tak? munafik pulak ialah seseorang yang berpura2 beriman kepada ALLAH tetapi sesungguhnya mereka kafir serta ingkar kepada ALLAH & RASULNYA.. antara ciri2 nya adalah jika berbicara, mereka berdusta. jika berjanji, mereka mungkiri. jika diberi kepercayaan, mereka khianati..

Bila nak dibandingkan maksud hipokrit dan munafik ni, fara tak tau lah dorang ni ada persamaan ke tidak.. tentang munafik tu, korang try lah google kat sumber lain eh.. sumber yg lebih arif.. fara tak mahu cerita tentang sesuatu yg fara kurang pasti.. sekarang ni, fara nak bagitahu apa yg fara faham tentang hipokrit ni..

Tapi, kalau difikirkan balik.. fara rasa takdelah hipokrit ni teruk sangat sebab cuba korang fikir kita akan berpura2 menjadi orang lain sebab apa? sebab kadang2 kita nak menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan kan? sebagai contoh, korang jumpa bakal mak ayah mertua korang.. mestilah korang tunjuk diri korang yg terbaik kan? takkan nak tunjuk perangai yg tak bagus.. so, itu nak dipanggil hipokrit ke? lagi satu, kalau korang kat sesuatu majlis formal.. pergi plak makan kat hotel.. korang nak buat ke perangai korang mcm kat kedai mamak tu? siap bersila atas kerusi? so, itu hipokrit ke?

Jadi, korang jangan lah suka suki je nak panggil org tu hipokrit ke apa kalau korang kenal perangai dorang yg lain tu sebab mungkin dia tengah sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.. don't judge a book by it's cover.. don't judge a person by his appearance..

Macamanapun, istilah hipokrit ni ada mcm2 maksud dari pandangan yang berlainan.. kita sendiri yang kena bijak menilai..:-)












2 ulasan:

Asy Faro berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
FaraLoveChoco berkata...

asy faro@ tqsm..:-)