Best Single Atau Couple?

Ha, korang rasa korang suka couple atau single? korang fikir couple lagi bagus ke atau single? kalau korang tanya fara kan, fara rasa kadang2 single tu lagi bagus. fara cakap mcm ni bukan sebab fara tgh gaduh dengan cik abang fara tu.. fara happy je dgn dia. cuma kadang2, bila fara tengok kawan2 fara yg single lagi tu.. mcm best lah pulak.. hehe.. kalau korang tak percaya, meh fara senaraikan kebaikan bersingle daripada bercouple ni..

1) JIMAT DUIT
siyes, ni lah sebab utama kenapa single lagi best.. korang tak payah pening2 asyik nak topup je.. paling kurang topup RM10 selang 2 atau 3 hari *mcm kena je dgn batang hidung sendiri ni*. sebulan dah berapa kan?  lepas tu, takdelah kena usung handphone tu ke hulu hilir sebab takut bf mesej.. ha, ni satu2 perangai fara.. fara agak rimas kalau asyik duk mesej je.. tu yg kdg2 leh buat gaduh cik chubby fara.. hehe.. 

2) MASA UTK DIRI SENDIRI/BEBAS
tipulah kalau korang kata waktu korang couple mana korang nak pergi, korang tak lapor kat pasangan korang tu.. gerenti korang report lah.. korang akan bagitahu korang nak pergi mana, dgn siapa, buat apa, berapa orang, naik apa.. soalan2 tu biasa lah kalau kita bercouple.. kalau korang single, ah tak kisah lah korang nak pergi mana kan? korang boleh buat apa je korang nak..

3) MASA UTK KAWAN LEBIH BANYAK
ha, ni yg kadang2 jadi 1 masalah.. bila dah ada bf/gf mesti masa kita dgn kawan2 jadi lebih terhad.. nanti kalau lebih pilih kawan, buah hati merajuk. kalau pilih buah hati, kawan pulak merajuk.. haih, serba salah dibuatnya kan? tapi kalau korang single semua benda ni tak jadi masalah.. 

4) KURANG DOSA
ni yg paling best sebenarnya.. korang faham2 sendiri lah kan? semua dah besar.. :-)

So, pada yg single tu.. jgn sedih2 sangat.. setiap org ALLAH dah tentukan pasangan masing2.. jgn tension2 tengok kawan2 yg ada couple tu.. eh, tapi fara nak senaraikan kelebihan bercouple boleh kan?

1) DIARI BARU
selalu kadang2 korang lepaskan marah, sedih, kecewa kat diari atau korang lepaskan sorang2 kan? tapi, bila kita ada couple kita leh jadikan dia diari kita utk kita luahkan semuanya. tapi tengok jugak sama ada pasangan korang tu good listener atau tidak.. 

2) DRIVER PERCUMA
peh, mcm kurang ajar asam je bunyinya.. maksud fara bukan lah buat mcm kuli ke apa.. sila jangan salah faham ye.. maksud driver ni, yelah mana kita nak pergi cormfirm2 cik abang kita tu offer diri diorang nak hantar kita.. mcm cik chubby fara, jangan haraplah dia nak benarkan fara naik bus kalau fara nak pergi mana2.. seboleh2nya dia akan cuba hantar.. sebab tu fara mengada2.. haha..

3) BODYGUARD
ha, yg ni pun best jugak.. tapi yg ni utk perempuan lah.. kalau korang ada bf mesti dorang secara automatik akan jadi bodyguard korang kan? terutamanya kalau kat tempat ramai org..(^_^)

Tapi pada yg bercouple tu, seboleh2nya jagalah batas dalam hubungan ye.. jangan nak ikut budaya negara luar tu. yg paling penting, 'HALALKAN' hubungan tu cepat2!*pesanan utk diri sendiri jugak ni*

~fara suka style cinta mcm korea..hehe~


2 ulasan:

Rudy Reyls berkata...

Baguslha adew pakwe

Rudy Reyls berkata...

Baguslha adew pakwe