Kawan2 dah tengok cerita AKU TERIMA NIKAHNYA? Kali ni seriously, fara semangat nak suruh korang tengok cerita ni.. Fara rasa ni lakonan Nora Danish yang paling best.. style2 manja tu tetap ada dari cerita PUTERI sampailah sekarang..
Fara pergi tengok filem ni dengan cik tunang fara.. tengok cerita ni, fara menangis agak teruk kot.. mana taknya, keluar wayang, hidung dah merah. mata lagi lah merah.. malu giler. keluar pun jalan tunduk bawah. segan orang tengok. huhu..
Cerita ni mengisahkan tentang suami isteri iaitu Johan (ADI PUTRA) & Arlisa (NORA) yang baru kahwin dan hubungan dorang memang romantik tahap gaban lah.. tapi malangnya johan accident dan lupa ingatan. dia tak ingat yang dia dah kahwin dan tak ingat pun siapa isteri dia. tapi, arlisa tak putus asa. dia cuba jugak tawan hati johan semula sehinggalah sampai satu tahap dia dah penat! itupun lepas dia nampak kawan baik dia Suriya (MON RYANTI) dengan johan dalam keadaan mencurigakan. tapi sebenarnya apa yang dia nampak tu salah sangka je. lepas arlisa keluar dari rumah, johan dapat ingat semula masa silam dia. akhirnya, mereka bersama..
Happy ending! tu biasalah kan.. pemikiran kita ni bukan boleh terima yang bad ending pun. mula lah tak puas hati bagai. walaupun dalam kehidupan kita sendiri bermacam2 ending kita boleh jumpa kan?
Pendapat fara, korang patut tengok cerita ni.. jalan cerita dia simple. tak melalut bagai.. cuma pandangan fara tentang lakonan adi putra dalam cerita ni macam tak best.. kaku semacam. tak macam dia berlakon dalam cerita TENTANG DHIA dalam tv dulu tu. dalam filem ni macam dia baru pertama kali berlakon pulak. padahal dah banyak kot dia berlakon kalau nak dibandingkan dengan nora tu.. macamana pun cerita ni best!
Owh ye, bila fara tengok cerita ni, cerita ni lebih kurang macam cerita THE VOW.. cuma the vow lagi complicated masalah nya.. so, daripada cerita fara ni korang decide lah nak tengok cerita ni kat wayang atau beli jer dvd tengok kat rumah.. (^____^)
p/s: suka tengok adi putra dalam cerita kl gangster berbanding cerita2 romantik ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan