Korang Suka Sama Atau Lain2?

Cuba korang tengok couple korang? tak kira lah sama ada boyfriend ke, tunang ke, suami ke.. asalkan tu pasangan korang bukan pasangan orang lain.. hehe.. so, korang tengok diorang tu macam mana? sama tak dengan korang? ke lain? ha, tengok cepat tengok..

Tentang sama atau lain ni, terpulang pada persepsi masing2.. ada yang suka kita sama dengan pasangan.. ada yang tak suka. macam fara dengan cik tunang ni memang lain sangat2.. masing2 ada minat yang tersendiri.. susah kot nak cari mana yang sama antara fara dengan cik tunang fara ni.. tapi, bagi fara yang lain tu yang bestnya sebab dalam hubungan kita ada kelainan yang datang dari diri masing2. takdelah sama memanjang.. sampaikan ada sesetengah couple tu, baju nak keluar date pun kena sama.. tapi selalunya couple budak sekolah yang macam tu kan?huhu..

Kalau fara dengan cik tunang fara tu, agak berbeza dari segala segi.. antaranya:

1) Simple Vs Cerewet
Yes, fara mengaku yang fara ni sangat cerewet.. terutamanya dari segi pakaian kalau kitorang nak keluar date.. macam cik gemuk fara tu.. dia tak berapa suka fara over bersiap.. kalau boleh dia on je kalau fara keluar pakai selipar jepun tu.. dia peduli apa.. tapi, tidak lah untuk fara.. bila keluar tu jugak, fara kena tahu fara nak pergi mana sebab fara nak sesuaikan baju fara dengan sekeliling fara.. contohnya, kalau event tu kat hotel.. takkan fara nak bantai pakai baju biasa2 je.. of course kita kena ada kod pemakaian kan? tapi, kalau cik tunang fara tu dia pakai lantak je.. janji dia selesa. so, kadang2 kalau fara nak keluar dengan dia.. fara jaga jugak lah baju dia... nasib lah dia nak dengar jugak.. huhu..

      

2) Kampung Vs Western
Cik tunang fara ni sangat2 lah berselera makanan kampung ni.. kalau boleh, time makan mesti nak nasi.. takde maknanya kalau setakat nak makan pizza, kfc, secret recipe semata2.. mesti kena ada nasi. tak boleh takde nasi.. tapi, fara cakap macam ni.. bukanlah fara tak suka makanan kampung.. fara pun suka jugak.. kalau setakat sambal belacan, tempoyak.. fara bedal je.. cuma, kadang2 nak jugak tukar selera.. lebih2 lagi fara suka makan macam kat Secret Recipe, kat Full House ke.. tapi, bila bab makan ni nasib lah dia tu tak cerewet sangat sebenarnya.. cuma, kita sebagai pasangan kena lah beralah jugak kadang2.. jangan asyik dia je nak beralah kan? gilir2 lah.. betul tak?

   

3)  Meehun Vs Mee
Ha, ni lagi satu perbezaan kitorang.. yang cik tunang suka makan meehun goreng.. fara pulak suka mee goreng.. haih, kalau dah kawen nanti.. fara kena masak dua2 hidangan ke sekali gus? ke campur je mee dengan meehun? sama lah jugak nanti kan? hehehe..

     

4) Ayam Vs Ikan
Fara sangat2 suka kan ikan.. fara rasa fara makan je segala ikan yang biasa kita makan kecuali ikan merah je fara kurang sikit.. lagipun, fara rasa ikan ni diet yang sangat bagus.. tapi, cik tunang suka pulak makan ayam.. kalau bagi dia seekor ayam golek tu pun dia boleh je habiskan sorang2.. haih, tengok badan lah kan? hehehe.. 

     

Tu je 4 perkara yang fara boleh senaraikan.. nanti list semua sekali tak bestlah pulak kan? macamana beza sekalipun fara dengan dia.. fara tetap sayang dia.. sebab kalau orang tanya fara kenapa fara sayang dia? jawapan fara.. ENTAHLAH.. fara rasa tu lagi baik daripada jawapan yang merapu2 dan sebab yang berjela2.. kalau kita sayang orang tu dengan bersebab, kalau hilang sebab tu.. nanti hilang pulak sayang kita kat dia.. contohnya kalau kita sayang dia sebab dia romantik.. tapi, kalau dia dah hilang mood romantik  dia tu macamana? kita nak jadikan tu alasan kita dah tak sayang dia? macam tu ke?

So, renung2 kan dan selamat beramal!! 

xoxo21:  dialelove:  gichigichigoo-essa:  monstercheesecake17:  imahistorymaker07:  msmutchie:  pushpopcolaspike:  dudeitsabi:  srhxd:  ash08:  irahngapala:  fotchiilabb:  (via x-annpeyoann) 

Tiada ulasan: