Review Filem Baik Giler

Apa pendapat korang kalau orang kata kat korang ni BAIK GILER? mesti lah korang suka kan? tapi lain dalam cerita ni. so, kalau difikirkan balik apa sebenarnya maksud baik giler tu? kalau nak tahu, korang kena tengok lah cerita ni..

Dari pandangan fara, cerita ni macam tangkap muat je kot. kalau nak tengok sekadar mengisi masa lapang, bolehlah dilayankan. memang fara dengan cik tunang suka lakonan zizan. tu yang sanggup tengok cerita ni kat wayang. tapi malangnya untuk cerita ni lawak zizan tak berapa nak menjadi. macam biasa2 jer. cuma yg bagusnya, cerita ni menampilkan semua pelakon lama yang dah lama tak berlakon. bagus jugak lah bagi rezeki kat dorang.

Cerita ni mengisahkan afiq (ZIZAN) menghadapi tekanan selepas melihat kemalangan yang berlaku pada adik angkatnya. tapi disebabkan fobianya pada kenderaan yang laju, afiq telah mengakibatkan kecederaan kepada kimi (AWIE) ketika menaiki kereta bersamanya. disebabkan kejadian itu, afiq telah dicop gila dan dihantar ke hospital untuk rawatan susulan. afiq disahkan tidak gila cuma menghadapi tekanan. afiq cuba melupakan kejadian tersebut dan berkenalan dengan suraya (FARAWAHIDA). 

Sekali lagi afiq menghadapi tekanan apabila orang memanggilnya BAIK GILER selepas afiq menghulurkan bantuan. bagi afiq, istilah baik giler itu adalah seseorang yang baru baik dari giler. itu menjadi penghinaan buat afiq. dengan kehadiran suraya dan rakan baik afiq, akhirnya afiq memahami istilah sebenar baik giler di kalangan masyarakat sekarang..

Daripada cerita fara tu, terpulang lah kat korang nak tengok ke tidak.. lu fikirlah sendiri.. hehehe.. :-)





2 ulasan:

Nyamuk Terbang berkata...

sengal crta nie

Mia Meymi berkata...

mia dh tgk..best jugakla..