Hobi Baru Saya!! Best Sangat!

Hai kawan2..dah lama fara tak update blog fara ni.. rasa mcm busy sangat jer.. padahal baru berdua je dgn cik suami.. hehe.. ni fara nak cerita 1 benda kat korang.. fara dah jumpa hobi fara yang baru. siyes best giler.. rupa2 nya masak tu adalah satu perkara yang sangat best.. siyes wa cakap lu! best sangat!

Actually awal2 kawen dulu fara risau sangat sebab fara ni bukannya pandai masak sangat. setakat goreng telur, masak sambal tu boleh lah. nak kata buat nasi lemak, nasi ayam.. memang tak dapatlah. apa pun tak boleh! tapi mak cakap belajar sikit2.. rajin2 tengok resipi.. lama2 semua boleh buat. mak cakap mak pun mula2 kawen tak tahu masak. so,lega lah sikit rasa. almaklumlah... cik suami kita besar orangnya. kalau dah tuannya besar korang faham2 lah kan.. lagipun fara tengok mak mertua fara tu pun memang suka masak macam mak fara jugak sebab dua2 suri rumah sepenuh masa.

Awal2 kawen tu fara tak masak sebab duduk rumah mertua. so, makan je apa mak mertua fara masak.. hehe.. lepas pindah baru lah fara belajar masak. masakan pertama yang fara masak untuk suami fara ayam masak sambal dengan kubis goreng. debar kot waktu cik suami makan sebab takut tak sedap. tapi licin betul dia makan. Alhamdullilah.. rasa puas hati betul.. lama2 fara makin seronok nak masak sebab husband selalu makan habis. pas tu dah mula berani ajak family makan kat rumah. lagi best sebab dorang pun kata sedap.. rasa bangga sekejap.. hehehe.

~masakan pertama fara untuk suami~

So, sekarang ni.. nak masak apa pun rasa senang jer sebab dah mula kenal bahan dan fara sangat suka masuk dapur. yang bestnya hari cuti main masak2 dengan adik. dia ajak buat kuih lah.. macam2 lah dia mintak. cuma kek je tak berkesempatan lagi nak buat sebab oven takde. memang hadiah kawen hari tu ada dapat microwave oven tapi macam tak tahu je nak guna kalau untuk baking sebab takde suhu. so, fara dah mintak husband belikan oven pulak sebab husband dah belikan fara mixer.. tak sabar nak tunggu.. hehe..

~sayang cepat belikan oven taw..hehe..~

Pada kawan2 yang belum kawen tu.. kalau tak tahu masak tak salah nak belajar dari sekarang. jangan jadi macam fara ni. waktu bujang buat tak nampak je dapur tu. dah kawen baru sedar yang sebenarnya MASAK ITU BEST!