Tempoh 6 Bulan Yang Sangat Serabot!!

Fara dah bertunang so mestilah dah fikir perancangan untuk berumah tangga kan? ha, pasal rumah tangga ni lah buat fara pening sama macam nak buat rumah atau tangga. nak kena ada batu, pasir, simen dan macam2.. betul x? betul kan? INSYALLAH perancangan untuk fara berumah tangga ialah pada bulan DISEMBER ni nanti.. 

Berbalik pada persiapan perkahwinan ni, fara tersangatlah pening.. fara suka merancang dari awal.. fara siapkan buku nota supaya semuanya berjalan lancar. fara mahukan semuanya teratur.. tapi, cik tunang fara pulak suka sambil lewa. tu yang kadang2 buat bergaduh tu.. tapi, nasib baiklah kitorang cepat cool.. korang bayangkan, baju kawen pun fara tak boleh nak fikir. tengok design tu, nak macam tu. tengok design ni, nak macam ni.. fara sendiri geram dengan diri sendiri.. tak boleh nak decide. sampai fara cakap kat mak fara, "mak, boleh tak akak bersanding pakai baju kurung pahang jer?" ha, hambek kau. tu memang dah tahap fara tak tau nak pilih lah tu.. satu soalan fara tu dijawab dengan satu leteran yg panjang.. hehehe.. :-p

So, pada yg nak kawen tu.. korang list kan lah segala barang yg korang nak beli atau diperlukan waktu kawen nanti. so, takdelah over budget kan? duit tu sgt bernilai waktu time2 macam ni. seringgit tu pun sgt bernilai tau. sekarang ni pun, fara dengan cik tunang sibuk kerja lebih masa.. walaupun penat, terpaksa jugak lah. cuma, fara bersyukur sangat sebab fara tak perlu serabot pasal photographer dan nak tempah kad sebab adik fara dah ada business tu pun.. ALHAMDULLILAH.. 

Kawan2 sekalian, doakan untuk fara supaya semuanya berjalan lancar seperti yang fara rancang ye.. AMINN..

Nak Cantik? Dengar Cakap Mak Taw..

Kadang2 kita rasa nasihat mak kita tu macm old-fashion je bunyinye kan? tapi, korang sedar tak apa yang mak pesan tu sangat baik untuk kita. ada baiknya pun kawan2 ikut. Korang tak percaya? cuba baca kat bawah ni.

1. Mak kata jangan cabut bulu kening tu!
Rata2 kita sekarang, suka sangat cabut bulu kening kan? kenapa nak cabut? dalam ISLAM pun cakap haram untuk kamu mencabutnya kan? ha, kenapa degil ni.. Jangan marah bila fara cakap macam ni. tapi, tak rasa ke bila cabut atau cukur kening tu nampak reaksi muka tu macam tgh terkejut. sebenarnya boleh je kalau nak kening cantik, kemas dan teratur.. guna lah setting gel..

lagi satu, pada yang bakal2 ibu tu.. waktu anak kecik tu, cuba rajin2 kan tangan sikit pakaikan celak untuk diorang. yang anak perempuan lah. jangan bantai kat anak lelaki pulak. pelik nanti.. petua orang tua dulu2 lah.. mak fara amalkan jugak waktu fara kecik dulu.. hasilnya, kening fara agak teratur jugak. tak perlu cukur2 sampai orang pun selalu tuduh fara cukur kening.. ni ORI taw!!

~ abaikan muka toye fara..huhu~

2. Cuba jangan nak picit2 jerawat tu!
Ha, ni lagi satu dah jadi habit. bila dah ada jerawat tu bising.. lepas jerawat, parut pulak.. tu pun korang bising.. ha, itu padahnya kalau tangan tu gatal sgt nak picit2 jerawat tu. jangan degil.. tangan kita ni sebenarnya bukan bersih sangat pun. banyak kumannya. ni korang lagi nak belek2 jerawat tu.. ada je cara paling selamat kalau korang gatal jugak nak picit. pakai lah spot treatment. untuk bintik hitam kat hidung, gunalah pore strip. kan lebih bersih..:-)

~bagus jugak produk ni.cubalah~

3. Ha, kerut muka tu lagi!
Bukan suruh korang kerutkan muka. tapi, ayat sindir tu.. yelah, kita ni dari kecik kalau tak dapat apa2 suka sangat nak kerutkan muka tu. merajuklah konon! padahal tak dapat gi camping je pun. *ha, faralah tu*. hehehe. bila dah kerut muka, akan timbul garis halus kat kulit. bila duk berkerut je, ia akan sebabkan kehilangan kolagen dan keanjalan. pastu, muncul lah kedutan2 kat wajah kita. tapi, tak bermakna kita perlu buat ekspresi takde perasaan kat muka tu. kena juga tunjuk perasaan. untuk elakkan muka kita cepat nampak tua atau berkedut, pakai lah krim tabir suria tiap hari.

~fara suka produk ni~


4. Jangan make-up tebal sangat akak!
Ni satu lagi masalah fara jugak. kalau ada mood fara nak bermake-up tu, memang berjam jugaklah fara touch-up. tu yang kadang2 mak fara sound. mak kata jangan nak make-up sgt. nanti kawen hilang seri sebab orang dah biasa tengok kamu make up. so, org nampak sama jer.. hehehe.. tapi, bila fikir balik betul jugak. bila dah makeup tebal2 ni, boleh buat liang pori tersumbat. sapu foundation selapis tu pun dah cukup. tak payah nak berlapis2 lagi dgn macam2 bedak lain. tapi kalau fara makeup, fara suka fokuskan bahagian mata. lebih2 lagi makeup mata korean look.. uik, sgt suka taw. yg penting produk make up mesti kena ada SPF taw..

~pernah buat tapi cik tunang macam tak suka. bila tanya, dia kata cemburu. haih, motif?

5. Makan sayur!
Waktu kita kecik, liat betul kita nak makan sayur kan? padahal sayur ni bagus sebab beri banyak khasiat untuk kekalkan awet muda. ia juga baik untuk lembapkan kulit. so, lain kali jangan buang sayur tu..

~tapi, fara tak suka sayur sawi~

6. Rambut tu biar kemas sikit akak!
Waktu kecik, fara paling malas nak uruskan rambut. semua harapkan mak. bila dah besar ni baru mengada2 nak buat rebonding lah, curly lah, perm lah.. hish, membazir kan? padahal, kalau nak rambut cantik senang je. rajin2 sikat rambut tu. bila dah selalu sikat, ia jadikan kulit kepala kita sihat dan meransang kulit kepala bagi meningkatkan aliran darah agar folikel sihat. paling bagus guna sikat yg macam berus tu. rambut jadi segar dan ringan.

~fara guna produk ni.. best!~

7. Pergi tidur cepat!
Mak selalu bising kalau kita tidur lambat. padahal dia risaukan kita takut badan kita jadi lesu dan letih. lebih2 lagi kita ni nak gi kerja atau belajar. tidur adalah masa waktu pemulihan di mana tubuh melalui proses pembaharuan sel. jika waktu tidur singkat, hormon stress akan meningkat lantas sebabkan kerosakan kolagen. so, sangat penting untuk kamu guna pelembab muka sebelum kamu tidur ye.. tak pun guna krim pemulihan untuk kembalikan keserian wajah. tapi, selalunya mahal sikit lah..

~tapi yg ni takde mahal sgt.. ok pun ok..~

So, kawan2 fara sekalian.. kalau nak cantik senang jer.. dengar cakap mak taw..hehehe.. :-)





Fara Nak Brooch Ribbon Tu, Boleh Tak fiQRa?


Ha, comel tak brooch tu? suke sangat2.. fara rasa fara nak sangat ribbon tu sebab mesti cantik kalau pakai kat selendang. lagi2 fara pun baru berjinak2 nak cuba tutup mahkota yg satu ni. fara suka pulak nak pakai selendang sekarang kalau nak pergi mana2.. 

Kalau kawan2 nak brooch tu pun boleh.. cara dia senang je. gi komen kat entry yg tuan punya blog buat. nak tahu entry kat mana? korang klik je gambar tu.. so, senang saje.. harap2 nama fara bertuah lah nak dapat brooch comel tu.. hehe..:-)

Update - Bab 3 Oppa & Noona

Kawan2, fara dah update untuk bab 3.. Jangan lupa baca. doakan fara supaya tak kering idea ye. SARANGHAE!!


Kim Hyung Joong New Coupang Photos


Si Jakun Di KLIA

Isnin lepas, Fara ambil cuti rehat sebab nak hantar opah fara ke KLIA. opah fara nak pergi tunaikan umrah. bersama paksu fara. waktu hantar dia tu fara rasa risau pulak sebab opah fara ni macam dah lupa2 sikit. Waktu nak bergerak tu pun, pakai stokin pun dia tak tahu sangat. haih, risau berganda2 fara taw. tapi, memang fara harap dan berdoa sangat bila opah fara sampai kat sana nanti, dia lebih sihat dari orang muda ok! AMINN...

Oh ye, fara bukan nak cerita pasal opah fara je ni. tapi, fara nak cerita tentang fara. korang nak tahu, bila fara sampai sana dah jadi macam orang jakun dah fara. tapi takdelah jakun sangat sebenarnya.. hehehe.. hush, ayat dah putar belit pulak.. fara kata jakun sebab fara rasa fara pernah sekali je pergi KLIA tu. itu pun berpuluh tahun yang lepas.. ha, hambek kau! berpuluh tahun yang lepas kau.. so, korang agak2 bila fara pernah pergi kalau umur fara sekarang pun 24 tahun. huhu.. Rupa2 nya baru fara sedar yang orang kat KLIA ni takdelah seramai kat LCCT tu.. 

Nak harapkan diri sendiri duk naik kapal terbang sokmo, memang takdelah kan. lagipun fara ni penakut kat tempat tinggi sebenarnya. tapi, dengan muka tak bersalahnya fara ajak cik tunang fara untuk pergi KOREA honeymoon nanti.. chewah, gaya macam berani sangat nak naik kapal terbang tu kan? takde ke nak gi korea tu naik kapal? huhuhu.. Tapi, macamana pun fara akan pastikan fara berani naik kapal terbang tu nanti. so, takdelah jakun sangat nanti.. hahahaha..

Kawan2 doakan opah fara dan paksu fara selamat pergi dan kembali ye.. AMINN.. moga satu hari nanti kita semua akan sampai kesana juga..  

~ Opah dan paksu saya ~

 
~ Sara yang demam ~

~ Budak lelaki tu adik Fara ~

~ Duduk bersama opah sebelum berangkat~

~ Ini FARA yang dah gemuk ~

Tahi Lalat Kat Kaki Ada Kena Mengena Ke?

Eh, korang ada tahi lalat tak kat body korang? mesti ada lah kan? macam menipu pulak kalau korang kata takde. Haip, tak baik tipu ok. hehe. Tetiba pulak fara tanya pasal tahi lalat ni apasal kan? takdelah, petang tadi lepas balik kerja lepak jap dengan cik tunang fara. fara mengadu kat dia yang dia dah lama tak bawak fara 'berfoya-foya'.. mentang2 dah tunang. Jarang dah fara keluar berdua dengan dia. bak kata dia 'MERBAHYA'. al-maklumlah. kitorang ni kan manusia biasa je. kalau kitorang nak keluar pun, mesti ada family sekarang ni. ha, kau hade? 

Bila dia dengar fara duk merungut macm tu, dia diam je lah. Mana taknye, fara tak keluar dengan dia.. fara berpoya-poya dengan orang lain.. tapi, bukan dengan lelaki. dengan perempuan ok. fara kan tunangan orang. chewah!! Tiba2 dalam duk fara membebel tu, dia cakap macam ni kat fara.

" Orang yang suka nak berjalan ni selalunya ada tahi lalat kat kaki."

" Eh, mana taw ni. Awak skodeng kaki kita eh?"

Ha, rasa2 korang ada kena mengena ke tahi lalat kat tapak kaki dengan suka berjalan ni? tapi, memang fara mengaku lah yang fara ni suka sangat travel. sangat2 ok. Tapi dapat cik tunang yang suka duduk rumah. adush, gedebuk gedebak! macamano eden nak buek ni? hahaha. takpe. kontra itu lebih baik. sayang kamu cik tunang! 

Disebabkan cik tunang saya sebut pasal tahi lalat tu, tiba2 teringat pulak nak search rahsia2 tahi lalat ni. nak tahu jugak. tapi, korang janganlah percaya 100% ok. jom share. korang klik link tu kalau nak tahu rahsia korang pulak. :-)


~sebenarnya banyak je lagi. kalau rajin, search je kat Mr Google~




Update - Bab 2 Oppa & Noona

Jangan lupa singgah taw. Saja nak share dengan kawan2 semua. Kalau best, bagitahu kawan. Kalau tak, bagitahu fara ok..:-)


~Cepat klik! hehehe~