Review Filem Mael Lambong

Kali ni, fara tengok cerita mael lambong. cerita ni memang cik tunang fara tunggu sangat2. sampai tak sabar2 nak gi tengok. berapa kali duk ulang2 ajak fara pergi tengok. nasib baik zizan yang berlakon. so, ok je lah. bagi fara kreatif jugak lah idea cerita ni sebab korang pun tahu asal nama Mael Lambong tu pun dari maharaja lawak. boleh pulak jadikan cerita.

Cerita ni mengisahkan MAEL (Zizan) seorang penarik kereta profesional dengan trademark dia 'Mael Tak Makan Rasuah'. kemuncak cerita ni bila mael terjumpa dengan MARIA (Juliana Evans) waktu maria lari dari orang yang nak bunuh dia untuk dapatkan satu cip rahsia kerajaan. lari punya lari dorang sampai kat kampung asal mael. kat situ terbongkar lah banyak cerita tentang si mael ni, ROZIE (Shenty) dan TAIGER (Taiyuddin Bakar). Lepas balik dari kampung mael tu, jadilah konflik dalam diri mael sebab ada 2 kumpulan yang cuba nak kejar mael dan mael tak tahu nak percaya yang mana satu. tapi macamana pun mael berjaya jugak selamatkan cip tu...

Cerita ni menarik dari segi penceritaan dia untuk mengelirukan kita. so, kita akan excited nak tahu siapa baik atau jahat sebenarnya. lebih2 lagi watak maria tu. so, pendek kata cerita ni best lah. tak bosan sangat. duk ketawa jer dalam wayang tu. zizan memang best! 



~cute couple~


~ macam barbie doll~


~salah satu babak yang kelakar giler!

Tiada ulasan: