Review Filem Baik Giler

Apa pendapat korang kalau orang kata kat korang ni BAIK GILER? mesti lah korang suka kan? tapi lain dalam cerita ni. so, kalau difikirkan balik apa sebenarnya maksud baik giler tu? kalau nak tahu, korang kena tengok lah cerita ni..

Dari pandangan fara, cerita ni macam tangkap muat je kot. kalau nak tengok sekadar mengisi masa lapang, bolehlah dilayankan. memang fara dengan cik tunang suka lakonan zizan. tu yang sanggup tengok cerita ni kat wayang. tapi malangnya untuk cerita ni lawak zizan tak berapa nak menjadi. macam biasa2 jer. cuma yg bagusnya, cerita ni menampilkan semua pelakon lama yang dah lama tak berlakon. bagus jugak lah bagi rezeki kat dorang.

Cerita ni mengisahkan afiq (ZIZAN) menghadapi tekanan selepas melihat kemalangan yang berlaku pada adik angkatnya. tapi disebabkan fobianya pada kenderaan yang laju, afiq telah mengakibatkan kecederaan kepada kimi (AWIE) ketika menaiki kereta bersamanya. disebabkan kejadian itu, afiq telah dicop gila dan dihantar ke hospital untuk rawatan susulan. afiq disahkan tidak gila cuma menghadapi tekanan. afiq cuba melupakan kejadian tersebut dan berkenalan dengan suraya (FARAWAHIDA). 

Sekali lagi afiq menghadapi tekanan apabila orang memanggilnya BAIK GILER selepas afiq menghulurkan bantuan. bagi afiq, istilah baik giler itu adalah seseorang yang baru baik dari giler. itu menjadi penghinaan buat afiq. dengan kehadiran suraya dan rakan baik afiq, akhirnya afiq memahami istilah sebenar baik giler di kalangan masyarakat sekarang..

Daripada cerita fara tu, terpulang lah kat korang nak tengok ke tidak.. lu fikirlah sendiri.. hehehe.. :-)





Review Filem Jiwa Taiko

Jiwa taiko ni fara rasa sangatlah tidak sesuai kalau korang gi tengok dengan adik2 korang yang bawah umur tu sebab ada beberapa adegan yang tak patut korang tengok pun. babak yang bagi fara agak sensored jugak sebenarnya. yang tak boleh blahnya, babak tu dilakonkan oleh seorang pelakon yang sebenarnya isteri orang. tak kisahlah kalau korang kata dia menjiwai watak ke apa tapi sebagai orang islam dan sebagai seorang isteri tak manis kita belakon dalam babak yang macam tu. hanya pendapat fara jer.. 


Fara nak tengok cerita ni pun sebab adik fara yang ketiga tu terlibat secara tidak langsung dalam cerita ni.. adik fara tu ahli silat gayung. semua aksi dalam cerita tu dapat tunjuk ajar dari ahli2 silat gayung kumpulan adik fara. tok guru dia pun ada gak berlakon dalam lawan2 tapi side jahat lah..  tu yang kalau korang tengok dorang berlawan tu ala2 nak bersilat.. bukan gaduh taram jer....huhu.. mungkin disebabkan fara ni suka cerita aksi, so fara boleh je layan cerita ni.

filem ni bermula bila firman (REMY) dan pinto (BRONT) dikejar polis tapi pinto berjaya lepas. lepas keluar penjara firman tekad untuk berubah dan tinggal di rumah yang dikenali sebagai wira cinta.. kat situ firman kenal dengan trisha (DIANA) dan masing2 jatuh cinta. dalam masa yang sama lara (NADIA) pun suka kat firman. kat situ lah mula konflik sebab lara mula memberontak dan ikut pinto. bersama pinto, dia mengandung hasil hubungan terlarang. dalam gangster2 si pinto tu pun dia happy pulak bila dia nak ada anak dari lara tu cuma lara tak suka. dia kembali ke rumah wira cinta tapi diculik kembali oleh pinto. semua geng rumah wira cinta cuba menyelamatkan lara. akhirnya, pinto mati dan lara selamat melahirkan anak. 

Bagi fara cerita ni tak sesuai sangat letak nama jiwa taiko tapi letak nama JIWANG TAIKO.. gangster pun jatuh cinta.. so, takdelah gangster mana pun.. hehehe..


~fara suka beto tu..nampa stylo..huhu~


Review Filem Mael Lambong

Kali ni, fara tengok cerita mael lambong. cerita ni memang cik tunang fara tunggu sangat2. sampai tak sabar2 nak gi tengok. berapa kali duk ulang2 ajak fara pergi tengok. nasib baik zizan yang berlakon. so, ok je lah. bagi fara kreatif jugak lah idea cerita ni sebab korang pun tahu asal nama Mael Lambong tu pun dari maharaja lawak. boleh pulak jadikan cerita.

Cerita ni mengisahkan MAEL (Zizan) seorang penarik kereta profesional dengan trademark dia 'Mael Tak Makan Rasuah'. kemuncak cerita ni bila mael terjumpa dengan MARIA (Juliana Evans) waktu maria lari dari orang yang nak bunuh dia untuk dapatkan satu cip rahsia kerajaan. lari punya lari dorang sampai kat kampung asal mael. kat situ terbongkar lah banyak cerita tentang si mael ni, ROZIE (Shenty) dan TAIGER (Taiyuddin Bakar). Lepas balik dari kampung mael tu, jadilah konflik dalam diri mael sebab ada 2 kumpulan yang cuba nak kejar mael dan mael tak tahu nak percaya yang mana satu. tapi macamana pun mael berjaya jugak selamatkan cip tu...

Cerita ni menarik dari segi penceritaan dia untuk mengelirukan kita. so, kita akan excited nak tahu siapa baik atau jahat sebenarnya. lebih2 lagi watak maria tu. so, pendek kata cerita ni best lah. tak bosan sangat. duk ketawa jer dalam wayang tu. zizan memang best! 



~cute couple~


~ macam barbie doll~


~salah satu babak yang kelakar giler!