Pembedahan Tonsil

Hari ni baru fara ada mood nak update blog fara ni.. yelah korang.. dah 9 hari fara tak makan nasi..orang raya makan sedap2 fara cuma mampu makan bubur nasi jer.. sedih woo.. orang datang mak fara masak rendang daging, rendang ayam, kuah kacang, lemang, ketupat, daging goreng lada hitam... wawawa.. mahu fara tak meroyan tengok semua tu.. cuba lah korang kat tempat fara ni.. tapi ayah fara nak pujuk punya pasal, ayah fara belikan bubur Mcd dan ice cream banyak2.. tu je yang fara boleh makan..

Fara mula operation isnin lepas.. nak cerita pun tak ada apa sangat.. yang fara boleh cerita yang fara memang tak boleh makan macam2 lagi buat masa ni.. tapi, hari ni fara rasa tempat fara operate tu sakit balik. lidah pun dah kena infection sebab jadi putih2. so, esok dengan malasnya fara kena jumpa doktor balik.. keluar ward hari tu boleh jugak nak minum air tapi tak tahu kenapa hari ni susah sangat nak telan.. sangat seksa..

Badan pun rasa lemah jer.. tak sabar fara nak sembuh.. nak balas dendam makan macam2..hehehe. lagipun lagi sebulan lebih je hari kahwin fara... harap2 fara sembuh cepat.. doakan fara ye kawan2..

~tengah sakit tengok orang makan apple pun boleh terliur..~

Tiada ulasan: