Dah Tunang Tapi Saya Nak Lelaki Macam Ni!!

Ha, macam gempak je tajuk entry fara ni kan? saje je nak bikin cuak kat cik tunang fara tu.. dia selalunya sombong sangat yang konon2 nya tak pernah jenguk pun blog fara.. dia kata blog fara entah apa2.. cedih taw.. huhu.. tapi fara rasa dia yang paling selalu baca.. agaknya lah kot. hahaha.. confident tak hengat..

Fara ni dah tunang, tapi leh tak fara nak lelaki romantik macam ni?

~romantik plus sweet sangat!!!~

~eh, tetiba sesat kim hyun joong jugak!!~

Kenapa Cincin Kawin Disarung Ke Jari Manis?

Baru2 ni, ramai betul kawan fara dah menamatkan zaman bujang diorang.. lepas ni turn fara pulak.. hehe.. bila dah tunang, kawen ni.. mestilah si gadis ni dapat cincin kan? korang ada terfikir tak kenapa cincin tu disarungkan kat jari manis korang? fara dapat info ni dari FB jugak.. saja nak share dgn korang lagi.. sebenarnya, fara ni takdelah suka sangat pakai barang2 kemas ni.. tapi bila dah baca info ni, rasa best jugak bila dah ada cincin risik dengan tunang ni.. nak tahu kenapa? ALLAH benar2 buat keajaiban kat jari2 kita ni..

Cuba korang ikut step ni :

                                                                       
                                     

1. Tunjuk tapak tangan korang, pastu jari tengah dilekuk ke dalam.. macam dalam gambar kat atas.

2. Kemudian, 4 jari lain dipertemukan hujungnya.

3. Game start!! 

4. Cuba bukak ibu jari korang, ibu jari mewakili orang tua kita. ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. dengan maksud yang sebenar, orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

5. Tutup balik ibu jari korang, kemudian buka jari telunjuk korang. jari tu mewakili kakak, abang atau adik2 korang. mereka akan memiliki keluarga sendiri dan mereka juga pasti akan tinggalkan kita kelak.

6. Sekarang, tutup balik jari telunjuk. buka pulak jari kelingking yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

7. Tutup jari kelingking, buka jari manis anda tempat dimana kita menyarung cincin perkahwinan kita. korang akan rasa hairan sebab jari tersebut tidak akan dapat dibuka.

Ha, korang nak tahu sebabnya? sebab jari manis ni mewakili suami dan isteri.. selama hidup kita dan pasangan, kita akan terus melekat satu sama lain. oleh sebab itu, carilah pendamping hidup yang dapat bersama kita selamanya..

Bagi yang perempuan, carilah lelaki yang solah yang boleh dijadikan IMAM keluarga. bagi yang lelaki carilah perempuan yang solehah yang dapat dijadikan bidadari untuk selamanya hingga di syurga.. solat berjemaah suami isteri adalah lambang di mana sebuah keluarga akan utuh hingga ke syurga ALLAH kelak..


~ ni waktu fara  disarungkan cincin tunang..(^_^) ~





Surat Cinta Yang Paling Romantik!!

Kepada _________________ calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu ibu bapa saya, calon kakak buat adik-adik saya.. Assalammualaikum.. mohon maaf kalau anda tidak berkenan. tapi, saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. baca dulu sampai selesai.. baru kemudian dibuang. saya yang bernama __________________ menginginkan anda _________________ untuk menjadi isteri saya..

Saya bukan siapa2.. saya hanya manusia biasa.. buat masa ini saya mempunyai pekerjaan tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja.. tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. saya memang masih menyewa rumah dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamanya.. yang pasti saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. saya hanyalah manusia biasa yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.

Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya, untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelemahan saya.. saya hanya manusia biasa. cinta saya juga biasa saja. oleh kerana itu, saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini agar menjadi luar biasa. saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga untuk menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. saya sudah solat istikharah berkali-kali dan saya semakin mantap memilih anda. yang saya tahu, saya memilih anda kerana ALLAH dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah RASULLULLAH. saya tidak berani menjanjikan apa-apa. saya hanya berusaha sekuat mungkin untuk menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda solat istikharah dahulu sebelum memberi jawapan anda pada saya. saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. semoga ALLAH redha dengan jalan yang kita tempuh ini.. aminn...

Inilah surat cinta yang paling romantis fara pernah baca.. surat lamaran yang indah.. tanpa perlu kata2 janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga.. Moga 1 hari nanti kita mampu menjawab pada persoalan 

"Kenapa kamu memilih dia?"

"KERANA DIA MANUSIA BIASA"