Perempuan Pengotor!!

Korang percaya tak kalau fara kata perempuan ni pengotor jugak sebenarnya. tak percaya? kenapa taknak percaya pulak? takkan lah fara nak mengutuk kaum sejenis fara sendiri sesuka hati kan? tapi serious, perempuan ni boleh tahan jugak pengotornya. kalau tak percaya, cuba korang tengok tandas awam kat negara kita ni. jarang nak jumpa yang 100% bersih. 90% mesti kotor punya lah. naik menyampah fara kalau fara terpaksa pergi toilet awam ni. kotor memanjang. bayar 30 sen pun takde motif. 

Yang tak lalunya, ada perangai dorang ni kalau nak tukar 'pampers' sendiri tu.. main campak suka hati jer. tak reti agaknya nak bungkus dan buang betul2 dalam tong yang disediakan depan mata. aada yang terlebih pandai, flush plak dalam toilet tu. alahai, mana lah pergi sivik dorang ni? Yang guna tisu plak main buang je atas lantai. tong sampah besar gabak tu korang tak nampak ke? 

Paling keji dan fara tak boleh terima bila dah buang hajat masing2 tak kira kecik atau besar, tak reti2 dorang nak flush. owh, tolonglah jadi perempuan. kalau korang bagi alasan flush rosak, usaha lah guna paip tu. tu pun tak boleh nak fikir. korang boleh bagi orang lain hadap benda kotor korang tu!

Geram betul bila tengok tandas awam kotor ni.. yang lelaki fara tak tahu lah macam mana pulak kan sebab tak pernah masuk. hehe. pada kaum2 perempuan kat luar sana tu, cuba bersivik sikit bila guna tandas awam ni. cuba buat macam toilet kat rumah sendiri. ke kat rumah korang kotor jugak? kalau kat rumah pun 2x5 macam kat luar, tak dapat lah den nak nolongnya lagi. sendiri mahu fikir lah..

Last nak pesan, KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN. 

~sumber dari menaraz09.blogspot.com~

Tiada ulasan: