Cakap Terima Kasih Kena Bayar..

Terima kasih, thank you, toche, nandre, syukran, merci, gomawoyo *abaikan kalau salah eja ye*.. mcm2 versi kita boleh cakap ucapan terima kasih atau hargai sesuatu pada seseorang sama ada yg kita kenal atau tidak.. sepanjang fara berkhidmat dalam perkhidmatan awam masa ni, apa yg fara perhatikan..org kita cukup susah nak ucap terima kasih.. 

Padahal korang dapat ubat free kot.. ubat yg harga boleh mencecah beratus2 ringgit.. tapi, aduhai.. payah betul korang nak cakap terima kasih.. bukanlah kitorang ni harapkan sangat tapi bila org berbudi kita berbahasa lah kan? dah lah dapat ubat free, sombong pulak tu.. eh hello, kalau dah rasa tu bagus sangat.. pergi lah ambik kat swasta.. ha, tengok.. koyak tak koyak korang nak keluar duit beratus2 hanya utk ubat korang tu. actually takdelah semua perangai mcm tu, ada jugak yg sangat baik hati.. tanya pun sopan je.. kalau 100 org perangai mcm tu, kitorang kerja pun senang hati takdelah duk sakit hati memanjang..

Walaupun hanya dengan 2 perkataan je, penting utk kita ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan.. kita berterima kasih sebab seseorang tu dah bantu meringankan beban kita.. sama ada dari segi pertolongan apa pun, tak kisah siapa pun yg menolong.. terima kasih itu tetap perlu.. tak tercabut lidah tu kalau sebut TERIMA KASIH.. mulai hari ni, ringan2 kan mulut tu taw..

TERIMA KASIH ibu,
TERIMA KASIH ayah,
TERIMA KASIH guru,
TERIMA KASIH kawan,
TERIMA KASIH semua!!!






Tiada ulasan: