CONTEST: I LOVE MY MOM

hari ni dah masuk bulan May.. 8hb ni adalah sambutan HARI IBU.. lepas tu 23hb adalah sambutan HARI LAHIR mak saya yang ke 43 tahun. so, disebabkan tu saya semangat nak join contest yang blog CIK IDA buat ni. korang nak join? kalau nak, korang klik banner kat bawah ni eh..


dalam contest ni beliau sebenarnya nak kita buat satu cerita atau kisah kita bersama mak kita. tapi sebelum tu beliau nak kita bagi kutukan membina atau cadangan utk tingkatkan mutu blog beliau tu. mcm biasa, jawapan saya ada kat bawah.. baca jgn tak baca ye..:-)

1) Kutukan membina

saya rasa, saya takda apa2 nak kutuk pun. saya pun bukan lah pandai sgt. berblogging pun baru setahun lebih. cuma kalau beliau letak button follower kat bahagian atas, lagi ok kot. sebab kat bawah mcm tak perasan sangat.. warna pink tu saya suka cuma combination dgn biru mcm tak berapa jadi.. itu je pandangan saya. hope tak marah ye..:-)

2) Kisah Saya & Mak

Saya panggil beliau dengan panggilan mak. mak saya yang lahir pada 23 May 1968 di Perak telah diberikan nama NOOR LIZA. pandai kan atok dan opah saya bagi nama kat mak. nampak mcm nama moden kan? hehe. mak saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa. walaupun beliau tidak bekerja, saya bangga kerana sebab itu makan minum kami sekeluarga terjaga dengan baik malah hiasan rumah kami selalu dipuji. walaupun mak saya agak garang berbanding dgn ayah saya.. saya tetap sayang beliau.. beliau cuma garang dalam bab kebersihan. hehe..:-)

sepanjang 23 tahun saya di bawah jagaan beliau.. saya bahagia. nak tahu kenapa? mak saya cerita mak saya berkahwin dgn ayah saya pada tahun 1986. tapi kelahiran saya pada tahun 1988. kiranya 2 tahun lah mak menunggu. dalam penantian tu, mak saya banyak terima sindiran dari pihak sekeliling. ada yg suruh beliau ambil je anak angkat. tapi, mak dan ayah saya tak setuju. mereka terus menunggu. akhirnya 22 DISEMBER 1988 lahirlah puteri sulung mereka iaitu SAYA!!

kenapa saya bangga jadi puteri sulung beliau? ada kata2 beliau yang saya akan ingat sampai bila2. 18 JULY 2000, lahir puteri bongsu dalam keluarga saya iaitu adik saya yang diberi nama NURUL FARHAANA. disebabkan dah 12 tahun saya hidup sebagai anak tunggal perempuan dalam keluarga saya, saya rasa kehadiran adik saya tu menggugat kedudukan saya. hish, jahat kan saya? yelah, saudara mara duk mengusik saya yg lepas ni mak ayah saya dh tak sayang saya. dah tak boleh nak manja2. mana saya tak merajuk kan? saya yang budak hingusan waktu tu, terpengaruhlah juga. hahaha. kalau umur mcm sekarang nak terpengaruh mmg nak kena tampar laju2 lah jawabnya. tapi kata2 dari beliau ni buat saya sejuk hati. " akak, akak anak sulung taw. akak patut bangga jadi seorang kakak. lagipun kenapa nak fikir org mengusik tu. akak hasil pertama cinta mak dan ayah. akak lah yg paling istimewa". ha, tak bangga kau kalau dah dengar mcm tu. waktu tu baru lah saya tersengih2. konon dah sejuk hati lah. hish, dengki tak bertempat kan?

lagi satu, saya dgn mak saya mcm member taw. beliau lah sahabat pertama saya.. saya boleh bercerita apa sahaja dgn beliau walaupun kisah saya dan SI DIA.. beliau juga yang mengajar saya erti hidup semenjak saya berumur 1 hari lagi. yang saya banggakan lagi, kalau sekarang ni.. kebanyakan ibu mengandung bila bersalin, yg mana agak2 baby dia yang beratnya 4kg ke atas.. mesti diorang kena buat caeserian (pembedahan). tapi walaupun waktu lahir berat saya 4kg.. mak saya lahirkan saya secara normal taw..

I'M PROUD BECAUSE SHE IS MY MOM!!!

~depan:adik bongsu, tengah:MY BELOVED MOM, belakang:saya~


PUISI BUAT IBU...

ibu,
pesanmu beribu-ribu,
dari ku keluar pintu hingga ke malam tidurku..

ibu,
pesanmu beribu-ribu,
tentang pelajaran juga pekerjaanku,
tentang persahabatan juga percintaanku.

ibu,
pesanmu beribu-ribu,
sentiasa ku ingat dalam langkahku,
akan ku bawa hingga akhir nafasku.

ibu,
pesanmu beribu-ribu,
hanya kamu yang satu,
kamu satu dalam seribu,
tiada pengganti dalam hidupku.


ops, sebelum terlupa...saya nak tag:

4 ulasan:

The day we meet berkata...

THANKS JOIN =)
THANKS JGK KAT CADANGAN TU..HEHE

FaraLoveChoco berkata...

ok2..tq to you too..:-)

IdaNurFieyda berkata...

gud luck farah ^_^

FaraLoveChoco berkata...

@ida
tqsm ida..:-)