Korea - Everland > Dongdaemun > Seoul

Hai kawan2 sekalian..akhirnya fara muncul balik selepas busy memanjang lepas kawen itu hari. nak cerita pasal percutian fara ke korea pun tergendala disebabkan punca utamanya takde internet kat rumah sewa fara ni. tapi tak sangka suami fara memahami dan sediakan kembali kemudahan yang fara perlukan sangat sebagai seorang blogger.. *blogger lah sangatkan..* 

So, sekarang ni fara akan habiskan update fara tentang korea tu.. harap2 korang sudi lagi nak baca..:-)

Hari keempat

Pagi2 kitorang check out dari Hotel Pheonix Park. lepas habis sarapan style 'english breakfast', kitorang tunggu bas kat lobi utama. waktu tu, amek kau suhu dia -21 darjah celcius.. gila gigil waktu tu.memang berdiri sampai ketar2 lutut.

 

~fara sangat suka sup rumpai laut~

Destinasi pertama kitorang pagi ni ke Everland iaitu taman tema yang sangat popular kat sana. ala2 Genting Highland + Disneyland. memang fara excited gile nak pergi tempat ni. dari malaysia lagi memang tak sabar. yelah, fara tahu tempat ni pun sebab tengok Running Man episod Song Joong Ki jadi tetamu jemputan. hahaha.. 

Nak masuk everland tu kena naik shuttle bus yang disediakan sebab kenderaan biasa tak dibenarkan masuk di dalam kawasan taman tema tu. dah dapat tiket masuk dan peta taman tu, kitorang diberi masa 4 jam untuk marayap dalam everland. tak cukup ok 4 jam! tapi apa nak buat dah kita follow group kan? lainlah pergi sendiri. duduklah 1 hari dalam tu pun takpe.

Sebenarnya nak pergi everland ni best waktu musim bunga sebab barulah dapat tengok hiasan2 bunga dalam taman tu.memang superb! kalau nak tahu, everland ni dibahagikan kepada 5 bahagian : American Adventure, European Adventure, Magic Land, Zoo Topia dan Roller Coaster. disebabkan fara pergi musim sejuk, so fara tak pergi ke bahagian The Four Seasons Garden sebab bukannya dapat tengok bunga2 cantik pun. permainan dia memang best sangat dan memang adventure! rasa tak puas bila main sekali jer. mesti nak 2 kali. yang kelakarnya, fara baru tahu yang hubby fara tu takut tempat tinggi. kesian sangat kat dia bila fara paksa dia naik roller coaster tu. sampai pening2. sowi lah syg.. hehehe..

~kalau pergi musim bunga, korang dapat tengok macam ni~

~dalam shuttle bus nak masuk everland~





~tong sampah ni comel kan?~

~ayunan kapal ni lagi tinggi drpd genting punya!~

Selepas 4 jam, lebih kurang pukul 2.30pm kitorang berkumpul untuk balik dan pergi ke destinasi seterusnya. Dongdaemun! yeah shopping! dari everland pukul 3pm dan kitorang sampai kat Dongdaemun ni dalam pukul 4pm. sebelum kitorang diberi pelepasan untuk shopping sendiri, kitorang dibawa ke kedai cenderahati. kat kedai ni rasa sangat selesa nak berjual beli sebab pemiliknya orang indonesia. so, bolehlah tawar menawar dengan senang hati. yelah, nak ikutkan agak mahal jugak mata wang kat korea ni.. 1000 won dorang pun dah RM3 kita. kalau kat kedai ni fara dah habiskan 205,000 ribu won, cuba lah korang tukar nilai duit kita pulak. 

Dalam bangunan ni jugak semua rekaan2 designer Korea boleh dapat kat sini. so, harga baju2 kat sini boleh tahan lah harga dia. kiranya Dongdaemun ni tempat yang mewah jugak kalau nak shopping. 


Lepas habis shopping, kitorang ada dinner pulak. dalam banyak2 dinner kat korea ni, fara paling suka dinner makan Ginseng Chicken Soup ni. pergh! mamamia! marvellous! memang sedap! dalam ayam tu ada nasi dan makan dengan kuah sup yang ada ginseng. isi ayam dia memang sangat lembut. nak makan dengan chopstick pun senang. cara nak masak ayam ni pun susah sebab kena rebus selama 4 jam. so, kalau rasa nak makan ginseng chicken soup ni kena lah buat tempahan awal sebelum datang makan. 

~terbaik!~

Dah habis makan, kitorang check in Hotel Best Western Guro. hotel ni taraf 5 bintang sebab dia ada kat dalam bandar seoul. memang selesa hotel ni. kalau nak pergi bilik kita kena ada kad bilik baru boleh tekan butang lif. kalau tak, tak naik lah lif tu. so, memang takda harapan budak2 nak main lif tekan butang semua level. hehehe..

Ni sahaja aktiviti fara untuk hari keempat. nak tahu fara pergi mana lagi? tunggu next entry fara ye. 


Pindah Rumah..

Hari tu fara kata fara nak habiskan update entry fara tentang percutian fara ke korea kan? nanti fara update balik boleh tak kawan2? mcm tak sempat pulak fara nak update buat masa ni.. sekarang ni, fara busy dalam proses pindah rumah.. macam2 hal fara dan suami nak kena uruskan. lepas setle semua dan dah ada mood untuk menaip balik, fara update ok..

Fara dan suami akan berpindah ke rumah sewa kitorang kat Selayang baru. tak jauh dari rumah mak ayah kitorang jugak. yelah, fara ni mana boleh nak jauh2 dengan mak ayah fara. kesian suami fara dapat wife manja dan mengada macam fara ni. hahaha..

Rumah baru kitorang tu takdelah besar mana pun. cukuplah untuk hidup berdua buat sementara waktu.. ada rezeki, bertiga pulak.. in sha allah.. mudah mudahan.. 

Moga fara dan suami dipermudahkan segala urusan dalam kami menguruskan rumah tangga kami.. moga kami bahagia hingga jannah.. aminn... 


~muka cik suami serious pack barang~



Korea - Mt Sorak > Teddy Bear Farm > Ski Resort

Hari ketiga

Kitorang kena berkumpul pukul 7 pagi untuk sarapan dan check out hotel. kitorang sarapan kat dalam hotel tu jugak. boleh tahan jugak english breakfast kitorang pagi tu. kena lah dengan selera fara. 



Lepas check out, kitorang pergi Seoraksan National Park. waktu ni memang fara tak tahan. sejuk tahap gaban sebab angin tengah duk bertiup memanjang. muka yang paling tak tahan. pipi dan hidung dah mula merah2. cik abang fara yang badan besar pun tak tahan, inikan pulak fara. hehe.. kat sini, kitorang berpeluang naik cable car untuk pergi ke puncak gunung dorang. best! fara suka.. 






Lebih kurang pukul 10 macam tu, kitorang gerak pergi Teddy Bear Farm. dorang buat tempat bear ni sebab ada satu cerita mitos berkenaan bear ni. kitorang punya tour guide, Vincent yang semangat cerita pasal bear ni. mengikut kepercayaan dulu, ada seekor beruang dan harimau yang tinggal dalam sebuah gua dan 2 ekor binatang tu berhajat nak jadi manusia. so, dorang diberikan bawang putih dan satu lagi makanan fara tak ingat. lepas tu, tak dibenarkan tengok cahaya matahari selama 100 hari. harimau dah mengalah. so, beruang lah berjaya dan menjadi seorang wanita. Nak ikutkan ada lagi cerita ni tapi fara tertidur pulak. so, nak tahu lebih lanjut.. macam biasa korang google lah ye. hehe..


  



Kitorang lunch dalam kawasan Mount Sorak jugak. lunch kali ni berselera betul fara makan. nak tahu kenapa? ada makcik dalam group kitorang ni bawak ikan masin goreng, serunding dan ikan bilis goreng. pergh! memang terbaik lah kan. bertambah tambah cik abang fara makan. termasuklah jugak fara. hehehe.



Sebelum check in hotel, kitorang pergi tempat sewa equipment untuk main ski malam nanti. dia bagi sewa baju, kasut dan peralatan ski sahaja tak termasuk gloves dan goggle. yang lain tu kena beli lah sendiri. lepas selesai, kitorang check in kat PHEONIX PARK HOTEL. tempat ni terkenal sebab hotel 5 bintang ni lah lokasi cerita AUTUMN IN MY HEART berlakon. hotel yang sama ok! 





Sebelum gerak gi main ski, kitorang gi dinner dulu. kat sini siapa yang sambut birthday bulan 1 ada surprise. termasuklah cik suami fara. kan main lagi kitorang nyanyi lagu happy birthday dalam bahasa korea. konon lah kan. hehe. waktu potong2 kek tu, fara dan cik suami kena bahan dengan yang lain2 tu. dorang suruh suap2 kek dan yang paling tak boleh blah tu, si Vincent tu kenakan kitorang. dia gi amek coklat yang ada kat kek tu lepas tu dia suruh fara dan cik suami makan sekali. alahai, malu giler tapi seronok! hahaha..

~ha, macam ni lah kitorang dikenakan~



Dah selesai, kitorang gerak gi tempat ski. debar weh! yelah, mana pernah main ski sepanjang 24 tahun ni. setakat roller blade tu biasalah. tapi, Vincent tu ajar kitorang step by step untuk main ski. 4 kali pertama tu, fara duk asyik jatuh jer. sakit badan rasa. tapi, bila dah lama2.. dah tahu cara skill dan dah tahu cara nak break, Alhamdullilah. lepas lah. dah takde asyik nak jatuh jer. hehe.. bangga bangga. satu kejayaan untuk diri sendiri. tapi suka tengok ada budak dalam group fara ni, Ridzwan & Fadzil. terror betul bebudak tu. relax je main. ok mungkin sebab dorang muda dan fara tua. hahaha.. Waktu main ski ni, cuaca memang sangat sejuk sebab -18'C. muka, tangan dah tak rasa apa. kebas jer. 

Owh ye, tempat ski ni dah di declared sebagai tempat Winter Olympic Games 2018 nanti.


~budak ni terror main ski~





Pernah dengar tentang Everland? tunggu next entry fara ok.. (^___^)