Korea - Persiapan Sebelum Berangkat

Anyohaseyo!! fara dah kembali.. hehe.. last week fara ada bagitahu fara nak pergi honeymoon kan? lokasi kitorang ialah KOREA!! yeah! fara pergi under muslim tour yang kitorang dapat kat MATTA FAIR bulan 9 tahun lepas.. senang sikit sebab kat sana makanan yg halal susah nak dapat. so next2 entry fara lepas ni, fara akan cerita tentang trip fara kat sana.. harap2 korang sudi baca. hehe..

Sebelum berangkat ke sana, make sure korang buat persiapan secukupnya. kalau ada yang tertinggal ke, susah nanti. jarak sana dengan sini bukan macam jarak kl ke selayang. boleh pulak nak ulang alik. hehe. ni antara perkara2 yang penting korang kena tahu..

1) CUACA & PAKAIAN
Sebelum ke sana, korang kena tahu musim apa sekarang.. fara pergi bulan januari. so, kat sana musim winter lah.. selalunya musim winter ni yang perlu banyak benda korang kena ada.. yang paling penting, baju panas ataupun winter coat. yang lain2 macam maffler, earmuff, pocket warmer, gloves dan winter shoes. long john jangan lupa pulak. 

Barang2 ni semua fara cari last minute sebab sebelum ni kerja. so tak sempat nak uruskan. nasib baik waktu  packing barang, hubby rajin tolong. kalau tak, mesti ada je benda tertinggal nanti. baju2 untuk winter ni, time2 bulan december & januari memang merata tempat ada jual. fara shopping kat H&M,UNIQLO jer.. senang. semua benda kat satu tempat. lagipun murah pun murah. kalau setakat pocker warmer, earmuff tu semua.. kat DAISO banyak dan sangat lah murah.

2) MONEY CHANGER
Ha, korang jangan lupa pulak nak tukar duit MYR ke KRW pulak. tu yang penting untuk shopping. tapi, ada sesetengah kedai yang terima semua jenis mata wang. diulang! sesetengah sahaja ok.. waktu ni fara dan suami kelam kabut mencari money changer sebab nak yang harga rendah. korang jangan tak tahu, walaupun beza 1 sen atau 2 sen.. tu dah buat korang rugi berapa ribu won..

Ada yang kata kat masjid india tu murah.. pergi2 tengok 1000 KRW = 2.95 MYR.. tengok kedai sebelah 2.94 MYR pulak.. fara tetap tak puas hati walaupun suami fara dah suruh beli je. fara ajak pergi masjid jamek pulak. ha, terbaik! dapat kat KMY MONEY CHANGER 1000 KRW = 2.90 MYR jer.. kedai ni dekat dengan chatime dan berdepan sikit dengan guardian.

3) CAMERA
Penting sebab benda ni yang akan rakam semua memori korang.. takkan nak rakam guna 'mata' jer.. tak best lah. hehe..

4) TRAVEL CHARGER
'Menatang' ni yang paling pentingnya kalau korang taknak terputus dengan dunia luar.. buatnya korang punya bateri gadjet2 habis, mana korang nak cas? kat negara luar tak sama soketnya macam negara kita. nasib baik adik fara belikan untuk fara. kalau tak, menangis den kat sano!

5) PELEMBAB
Waktu winter, korang jangan lupa bawak benda ni. penting sangat untuk mengelakkan kulit korang daripada kena gatal2 dan merah2. pelembab tu untuk korang sapu kat muka dan badan. pelembab bibir pun perlu untuk elak bibir korang merekah. bila dah merekah sangat pedih ok. disebabkan fara ni kerja farmasi, fara bawak je krim pelembab AQUEOUS. krim ni senang. boleh sapu kat muka dan badan. untuk bibir pulak, fara pakai VASELINE sebab suami fara nak muntah kalau dia pakai pelembab bibir yang ada bau dan rasa tu. 


Honeymoon

Alhamdullilah.. lebih kurang 2 minggu dah fara bergelar seorang isteri.. bila dah kawen ni, soalan lazim yang orang akan tanya ialah "bila korang nak honeymoon?" sebelum soalan tu semua akan ditukar kepada "takda isi apa2 lagi ke?" hm, betul tak? :-p

In sha allah, malam ni fara akan bertolak untuk pergi honeymoon.. ke mana? shhh.. rahsia.. balik cuti nanti baru fara bagitahu eh.. hehe.. flight fara malam ni.. doakan perjalanan fara dan suami selamat pergi dan kembali.. fara pergi seminggu jer.. balik cuti nanti, fara update entry fara tentang cuti ni k..

Bye kawan2.. jumpa lagi di next entry ok.. (^__^)


+


=








Dengan Sekali Lafaz Aku Terima Nikahnya..

Sorry kawan2 sebab fara baru nak update blog fara ni.. al maklumlah sibuk sikit lepas kenduri walimatul urus fara ni.. nak masuk 2 minggu dah fara menjadi seorang isteri buat cinta hati fara.. alhamdulilah, dengan sekali lafaz fara dah sah menjadi isteri kepada MOHD RIZAL.. perasaan tak boleh nak cakap macam mana.. apa yang fara mampu cakap fara sangat happy sebab berjaya menjalinkan hubungan yang halal di sisi ALLAH..

Fara nikah 21.12.2012 hari jumaat petang.. kalau korang nak tahu, waktu nak dekat2 nikah tu.. fara nak melangkah masuk masjid pun boleh menggigil.. sampai ayah fara kena amek fara kat luar dan pimpin fara masuk masjid.. woah, waktu tu rasa nak nangis dah.. air mata fara terus keluar bila ustaz suruh fara baca akad yang fara membenarkan wali untuk menikahkan fara tu.. sekali lagi fara perlukan sokongan ayah fara.. ayah fara dah gosok2 belakang fara untuk bagi fara relaks.. kalau nak tahu, fara ni sangat manja dengan ayah.. hehe..

Tepat jam pukul 5.27pm, fara selamat dinikahkan.. syukur alhamdulilah. lepas tu ada sesi bersalam2 dengan family. mula2 masih control daripada rasa nak nangis. tapi bila sampai turn ayah fara, belum sempat ayah fara hulur tangan nak salam.. fara dah meraung2 peluk ayah fara.. waktu tu dah tak fikir apa2 lagi.. fara sedih sebab selama ni fara bawah tanggungjawab ayah fara. sekarang ni fara dah jadi tanggungjawab orang lain.. waktu fara nangis peluk ayah fara tu, orang sekeliling fara pun ada nangis jugak. tak pasal2. hehe..

Fara harap, lepas ni fara dan suami akan dapat menjalankan tanggungjawab kitorang dengan baik.. pada mak dan ayah fara, terima kasih sahaja takkan mampu membalas jasa diorang menjaga fara sejak fara kecil sampai umur fara 24 tahun ni.. mak ayah fara terlalu banyak lakukan pengorbanan buat fara.. TERIMA KASIH AYAH! TERIMA KASIH MAK! walaupun fara dah bergelar seorang isteri, fara harap fara tetap dapat menjalankan tanggungjawab fara sebagai anak dengan baik..

~he is the 1st man in my life!~

~dulu.. syurgaku di bawah telapak kakimu..~

~kini syurgaku di telapak kakimu..~

~saya tak cukur kening ok!~

~mula menangis dah..~

~bersama pengapit ku..~

~saya dan suami~

~saya dan suami bergurau senda..hehe..~