Baru Nak Berjinak-Jinak

Assalammualaikum semua...  sekejap je dah masuk minggu kedua untuk tahun 2015 ni. Masa tu berjalan tanpa kita sedar. So, untuk tahun baru ni macam biasalah kalau tak banyak pun sikit mesti ada azam untuk diri sendiri.

Tahun 2015 ni, fara berazam tak nak boros dalam berbelanja walaupun orang sekeliling fara sikit pun tak nak percaya. Husband sendiri pun taknak percaya. sampai hati taw. hehehe..

Actually dalam tahun baru ni fara ada mulakan business kecil-kecilan. Dari kecil dulu, fara sangat suka perkara berkaitan dengan kraftangan ni. Kalau birthday mak ayah ke, fara jarang beli kad ucapan kat kedai sebab fara lebih suka buat sendiri. Bila buat sendiri ni lagi puas dan seronok bila hasil yang kita nak menjadi. 

Now, fara jual secara online barang-barang kraf ni. Korang nak apa? bagitahu jer. Fara akan cuba buat dan kraft fara ni akan tertumpu pada penggunaan kain felt. Antara benda yang insyallah fara boleh buat, korang tengok list kat bawah ni:

  1. Bantal 
  2. Sarung handphone
  3. Penanda buku
  4. Beg 
  5. Penutup mata (untuk tidur)
  6. Kad ucapan
  7. Key chain
Buat masa ni fara baru je mula dan sedang siapkan beberapa tempahan. So, tak banyak sangat gambar yang nak diupload. Slow-slow ye..

Betullah apa yang ALLAH dah janjikan untuk kita. Apa yang kita buat pasti ada rezeki untuk kita. Tak kisahlah besar atau kecil. Insyallah.. jika kita ikhlas pasti ALLAH permudahkan untuk kita. 

Kalau kawan-kawan berminat boleh follow INSTAGRAM Fara ataupun boleh whatsapp sahaja kat no 011 2624 9024.

CRAFTBYFARRA

Blog Dah Berhabuk

Assalammualaikum... dah lama giler kot fara tak update blog fara ni..bukan tahap berhabuk lagi. dah sampai tahap bersawang ni..fuh fuh fuh.. hehehe...

Sejak dah berkahwin ni, fara pun tak tahu apa yang busy sangat sampai nak update blog pun tak sempat. macam anak tu 10 kan? padahal tengah berdua lagi.. huhu.. maaf lah ye blog.. nasib baik password tak lupa.. kalau tak lagi haru dibuatnya.

So, lepas ni fara akan cuba luangkan masa jugak untuk update blog ni.. owh ye, nak bagitahu kat korang yang fara dah tukar tempat kerja.. fara dah tak kerja kat Hospital Kuala Lumpur lagi tapi dah jadi staff Hospital Selayang. al maklumlah dah tak larat nak harung jammed kat Jalan Kuching tu lagi. bila dah dapat tukar ni memang lega lah sesangat. 10 minit je jarak tempat kerja dari rumah. isi minyak RM20 pun boleh tahan seminggu. bila lunch siap balik tengahari makan kat rumah. hehehe..

Oklah kawan-kawan.. doakan fara yang terbaik ye..  fara sedang berusaha untuk 'berita baik' yang entah bila fara akan terima.. yang pasti fara akan cuba kuat.. Insyallah...



Moga Syurga Tempatmu Sayang..


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. fara redha dan fara ikhlas.. maaflah tak mampu nak taip panjang2.. ni je yang termampu fara taip.. :'(