Allah Tahu Yang Terbaik

Bulan ni dah nak masuk 5 bulan fara berkahwin.. serious, macam2 dah fara dan suami lalui tapi alhamdullilah fara dan suami kuat untuk harungi dugaan ni. sebenarnya bukan dugaan apa pun. kadang2 mungkin disebabkan ketidakfahaman. yelah, tiba2 tinggal sebumbung dengan 'orang asing' dan tidur sebantal, sekatil. masing2 ada pendapat dan pandangan yang sendiri nak menang jugak. sekarang, fara dan suami masing2 tahu peranan bila masa nak beralah atau kadang2 diam tu lebih baik. 

Perkahwinan ni mengajar fara untuk jadi lebih matang sebenarnya dan kalau nak buat sesuatu tu, fara akan fikirkan suami fara dulu sebelum fara nak buat apa2. cuma sekarang ni, kadang2 fara hilang kawalan jugak sebab pertanyaan orang lain sama ada dah 'berisi' ke belum. kadang2 benda dah ditanya, ditanya lagi banyak kali. sampai tak tahu nak bagi jawapan apa. nasib fara ada suami yang memahami. dia yang bagi semangat kat fara.

Tolonglah faham. ALLAH tahu apa yang terbaik buat fara dan suami. DIA yang merencanakan semuanya. DIA yang menentukan semuanya. tak perlu ditanya.. ada khabar gembira, fara sendiri akan bagitahu. fara jadi lemah bila fara ditanya soalan yang tak mampu fara nak jawab.. :'(

Korea - Gyeongbokgung Palace > Blue House > Malaysia

Hari keenam

Hari terakhir fara dan suami di Korea. hari terakhir ni, kitorang turun untuk check out hotel agak lewat. dalam pukul 8.30am baru kitorang berkmpul kat lobi hotel untuk serah kunci bilik hotel. owh ye, korang nak tahu kan fara dapat tengok ke tidak hujan salji tu? hm, semestinya fara terlepas tengok! hubby fara je sempat tengok sebab dia kata salji turun dalam pukul 4 pagi. fara keluar hotel tengok salji dah tebal kat atas jalan. 

Sebelum gerak ke destinasi seterusnya, kitorang pergi sarapan dulu. lepas tu, baru kitorang gerak ke Gyeongbokgung Palace. kalau korang tengok cerita korea 'Jewel In The Palace' tu, mesti korang familiar dengan tempat ni. istana ni adalah hasil peninggalan sejarah pemerintahan korea dulu. kat sini, korang boleh tengok seni bina istana dorang ni. memang sangat unik dan ada ciri tersendiri. setiap binaan ada fungsi2 yang tertentu. kalau nak ceritakan tentang istana ni memanglah sangat banyak tapi bagi fara sangat menarik untuk korang tahu.

~Opps, ni bukan Gyeongbokgung Palace tapi tempat ni bersebelahan jer.. hehe..~


~Our tour guide, Vincent.. orang yang sama bawak Awal & Scha~


~My hubby lahir tahun arnab~

~saya tahun naga~


~Sebahagian besar kawasan istana sebelum banjir besar melanda~




Lepas istana, kitorang pergi ke tempat yang meletakkan sistem pemerintahan korea yang terkini pulak. lebih kurang macam White House jugak lah kalau versi Amerika tapi kat korea dipanggil Blue House ataupun Cheong Wa Dae. kat sini adalah tempat kediaman rasmi presiden Korea. cuma kitorang takdelah pergi dalam rumah tu cuma kitorang dibenarkan melawat muzium presiden yang menceritakan tentang sejarah masa lalu dan keadaan Korea masa kini. 



Dalam pukul 11, kitorang bergerak ke Lapangan Terbang Icheon. akhirnya, menunggu masa untuk pulang ke tanah air sendiri. betullah kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. tapi tak salah kita berjalan ke negara luar untuk menambahkan pengalaman dan meningkatkan ilmu pengetahuan. lagipun jauh berjalan luas pandangan. Yang penting negara kita tak perlu setiap musim nak beli pakaian yang berbeza mengikut cuaca. hehehe..




Apa2 pun, negara KOREA adalah salah satu negara yang patut korang kunjungi.. 

Akhirnya.. cerita cuti fara dah TAMAT.. (^___^)

Korea - Ginseng > Kosmetik > Amethyst > Myeongdong > Jump Show

Hari kelima

Pagi ni kitorang keluar awal dari hotel sebab hari Jumaat. semalam sebelum kitorang masuk bilik tour guide banyak kali pesan suruh turun awal sebab kat seoul, hari jumaat jalan jammed dan banyak tempat kitorang akan pergi. lagipun, orang lelaki nak kejar masa untuk solat jumaat.

Pukul 7am kitorang dah gerak gi sarapan kat Itaewon. kali ni sarapan rasa kat Malaysia sikit sebab bukan english breakfast tapi makan roti nan dan nasi goreng. memang berselera lah..cuaca sejuk, perut asyik lapar jer. hehehe.

Lepas sarapan, kitorang dibawa ke Ginseng Duty Free Shop. tempat ni di bawah seliaan kerajaan korea. so, kakitangan dia ada dari pelbagai negara termasuk negara kita, Malaysia. selain tu ada dari Filipina, Indonesia dan China. kitorang diberi taklimat oleh kakitangan dari Malaysia sendiri. dia cerita serba sedikit tentang ginseng ni. sebenarnya, hanya di Korea sahaja ginseng menyerupai badan manusia. kalau nak tahu ginseng tu asli atau tidak, 1st bite akan rasa pahit dan lama2 baru akan rasa manis. Lepas habis penerangan, kitorang dibawa ke tempat penjualan ginseng. harga dia mahal yang amat. kalau korang ada credit card senanglah. tapi harga ginseng ni boleh mencecah puluh ribu! tak sanggup den. kat sini, korang dilarang keras untuk menangkap gambar sebab apa yang ada dalam tu semuanya hak kerajaan. korang boleh tangkap kat luar bangunan jer..


Yang paling fara nanti2 kan ialah ke destinasi seterusnya.. nak tahu apa dia? semestinya KOMESTIK!! yeah! kali ni hubby fara bagi fara peluang beli apa yang fara nak. so, apa lagi.. senyum lebar lah fara. hubby fara cuma ambil gel rambut je. tapi serious kosmetik kat sana murah gila. mask muka dia boleh dapat dalam 1000 won jer. lebih kurang rm3 duit kita. hubby fara geleng kepala je tengok bakul penuh dgn segala benda dari mask muka, bb cream, lip balm, lotion, hand cream dan segala benda yg fara suka. fara sengih je lah kat kaunter waktu dia bayar.. hehe..  

~muka gembira dapat shopping~

~best product yang fara pernah guna~

~mask muka yang diborong~

Kitorang lunch awal sebab nak kejar orang solat. kali ni lunch ada ikan bakar kesukaan fara dan pancake sotong.. nyum nyum.. lepas lunch, kitorang gerak gi masjid kat Itaewon. 


Lepas solat pulak, kitorang pergi Amethyst. amethyst ni terletak kat bahagian basement. terletak kat bawah tanah sebab harga dia mahal kot. harga dia ribu riban jugak. nasiblah fara ni tak minat sangat benda2 macam tu. kalau tak, habis duit cik hubby fara.. tapi, dalam minat tak minat tu, hubby fara belikan jugak loket kecik untuk fara.. 


~contoh amethyst~

Sekali lagi kitorang diberi peluang untuk shopping. kali ni Myeongdong! kitorang bernasib baik sebab kitorang datang, dorang ada buat Korea Grand Sale 2013. so, banyak lah diskaun yang kitorang dapat. kat myeongdong ni korang boleh dapat semua jenama2 yang popular dari fesyen atau kosmetik. macam2 ada. memang tempat shopping paling best fara rasa. kiranya macam one stop centre sebab semua boleh dapat kat sini. yang bestnya boleh dapat barang promosi percuma walaupun kita masuk kedai tu tanpa membeli. kebanyakannya bagi mask muka. 






Dinner kali ni kat Taj Palace. dah nama pun Taj mesti korang dah dapat bayangkan kitorang makan apa kan? pemilik kedai ni orang pakistan. kitorang dapat makan nasi beriani dan ayam tandoori. sedap jugaklah.

Lepas makan pergi tengok Jump Show. show ni memang terkenal seluruh dunia sebab selalu jugak buat persembahan kat luar negara. show ni jugak dikenali sebagai 'comic drama'. kitorang dapat tempat VIP so dapatlah duduk depan. pelakon dia memang best dan sangat sporting. yang penting show ni sangat kelakar. korang takkan rasa mengantuk dan bosan tengok show ni. lagipun show ni tak guna dialog. cuma guna aksi dan memek muka dorang. yang penting, ada hero handsome taw. sempat jugak tangkap gambar dgn pelakon2 show ni. hehehe..




Lepas show ni habis dalam pukul 10 malam, kitorang gerak balik ke hotel.. pergh, hari yang sangat memenatkan. tapi sebelum masuk bilik, tour guide kitorang Vincent sempat pesan pagi nanti akan ada salji turun. so, kalau nak tengok hujan salji yang takkan dapat kat negara Malaysia ni.. kena lah tunggu. agak2 korang fara dapat tengok ke tidak? nak tahu jawapan, tunggu lah next entry ye.. hehehe..